Beberapa hari lagi, kesuraman yang dilalui segenap peminat bola sepak di England akan berakhir tatkala Liverpool dan Manchester City melakukan perhitungan merebut Perisai Komuniti di Wembley.
Juara Piala FA dan naib juara Liga Perdana Inggeris itu bakal berentap dalam usaha memastikan sepak mula musim 2019-20 diserikan dengan menjulang trofi.
Buat The Citizens, mereka melalui kempen pramusim yang agak memberangsangkan.
Biarpun tidak berdepan mana-mana pasukan besar, namun pertemuan dengan West Ham United, Kitchee dan Yokohama F. Marinos diakhiri dengan kemenangan mudah kecuali sewaktu tewas menerusi penentuan sepakan penalti dalam pertemuan dengan Wolverhampton Wanderers.

Namun, apa yang paling menggembirakan pengendali, Pep Guardiola, pastinya kelibat Kevin De Bruyne yang kembali menemui sentuhan selepas melalui episod kecederaan yang kerap berulang pada musim lalu.
Selepas mengharungi tiga kecederaan lutut serta masalah di bahagian paha, bintang tengah Belgium yang hanya melakukan 19 penampilan liga musim lalu itu tampil dengan persembahan cemerlang ketika pramusim sehingga turut mencatatkan nama dalam senarai penjaring.
Berbeza dengan City yang dapat mengekalkan momentum biarpun tanpa beberapa tonggak utama seperti Sergio Aguero dan Ederson, ternyata The Reds mendambakan sentuhan Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Alisson.
Tanpa empat nama tersebut, anak buah Jurgen Klopp itu mencatatkan rekod tanpa kemenangan dalam empat aksi persahabatan, termasuk kekalahan 3-0 di tangan Napoli, Ahad lalu, sebelum akhirnya menundukkan Olympique Lyon dalam siri persahabatan terakhir.

Firmino, Salah dan Alisson telah menyertai sesi latihan di Melwood, Isnin lalu, tetapi Mane hanya akan kembali memperkuatkan juara Eropah itu selepas saingan di Wembley, Ahad ini (10 malam waktu Malaysia).
Secara kasar, kekuatan kedua-dua pasukan masih sama seperti musim lalu dan tiada penambahan besar dilakukan kecuali kemasukan Rodri yang memecahkan rekod perpindahan kelab buat City.
Apa yang bakal menentukan siapa bakal bergelar juara Perisai Komuniti musim 2019-20 pastinya kemampuan untuk mengekalkan rentak musim lalu.