Pengalaman berbicara dengan Datuk Misbun Sidek harus saya akui, sesuatu yang luar biasa kerana dia tidak pernah gagal membuka minda anda kepada perspektif berbeza.
Sehingga hari ini juga, saya akan atur tiap perkataan, ayat dan konteks persoalan dengan rapi sebelum saya ajukan persoalan kepada Misbun.
Jika ada yang bertanya mengapa, saya akan jawab dengan mudah,ini kerana Misbun Sidek berhak menerima yang terbaik daripada anda.
Dalam waktu seminggu sekembalinya dia sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Misbun menawarkan pandangan peribadi terhadap beberapa aspek dalam mengembalikan kegemilangan skuad ini.
Antara jawapan yang terbit daripada bibir sang legenda ini tidak kurang untuk saya sifatkan sebagai "Epik".
Ini antara himpunan temu bual antara Misbun dan saya serta rakan media yang lain.
Kata Misbun susulan kesudian kembali mencurahkan ilmu dalam meniti cabaran menjulang semula skuad perseorangan lelaki termasuk melahirkan jagoan menggantikan Datuk Lee Chong Wei.
"Nak beritahulah, pandai, saya bukan pandai sangat pun tapi adalah sikit pengalaman dan "knowledge" yang saya ada, memang ianya satu cabaran dan satu tekanan tetapi saya mengambil ini sebagai satu cabaran, saya daripada dulu suka dicabar."
Dalam nada bersahaja sambil tersenyum, Misbun berupaya simpulkan dia bersedia memikul tanggungjawab ini dan juga amaran untuk tidak ada individu lain yang mempersoal kredibiliti dia seperti sebelum ini.
Selain mandat untuk melahirkan pengganti Chong Wei, Misbun juga intipati penting dalam merealisasikan impian merampas kembali Piala Thomas dan menangani persaingan sengit perseorangan lelaki selain kuasa besar China, Indonesia dan Denmark.
"Saya rasa tidak mustahil untuk kita juga dapat bersaing, bila dapat satu Challenge macam ini ,satu cabaran yang sedap untuk kita lalui"
Malaysia saya percaya Datuk Misbun, akan seiring berada di belakang Datuk dalam pengembaraan ini.
Misbun juga terkenal dengan rejim latihan agresif yang akan menguji pemain adakah ada perbezaan dalam penyampaian falsafah dia kepada pemain negara kali ini?
"Rasanya sama saja, cuma beberapa "triggering" daripada "players" ni mengikut spesifikasi badan dia,badan ada berbeza,ada players nampak fit otak tak jalan,ada "player very smart" tapi agak malas!"
Selepas seminggu pemain mula ubah perwatakan,malah saya dengar ada yang sudah mengalirkan air mata kerana intensiti latihan Datuk Misbun menguji fizikal dan mental.
Amanat Misbun sejak hari pertama jelas,dia mahukan kualiti dan komitmen daripada setiap pemain.
"Junior harus belajar bagaimana nak menempatkan diri di tempat Elit dan Elit harus bertahan atau lebih jauh setaraf Datuk Lee Chong Wei"
Saya juga tertarik apabila Misbun menyuntik semangat dengan pandangan pemain memerlukan jurulatih bukan sebaliknya.
Hari pertama selepas pengesahan perlantikan, Misbun kejutkan pemain apabila turun sekali ke gelanggang latihan walaupun pada awalnya hanya mahu memantau.
"Tadi pasal saya tengok ada yang tak kena je tu tangan saya dah gatal, tu yang saya masuk tu, tak boleh tahan dah"
Chong Wei akan menjadi pemain pertama yang akan memberitahu anda, Misbun menitikberat kualiti dalam kesempurnaan, malah pemain juga beruntung kerana berupaya belajar secara "Hands On" daripada seorang Legenda"
Tetapi waktu penghujung latihan menyerlahkan wibawa Misbun sebagai seorang guru.
"Habis saja (latihan) saya peluk mereka (pemain) saya boleh tahu ada rasa berdebar-debar,ada rasa macam tak puas hati,ada rasa macam-macam maka sebab itu saya harus dapat sentuhan itu dulu"
Kalau perlu saya rumus, Misbun dalam menuntut segalanya daripada barisan pemain, dia juga berada di sana untuk mencurahkan setiap ilmu yang dia ada.
Jika ada antara mereka yang tidak berjaya memenuhi potensi selepas ini maka mungkin mereka perlu menunding jari kepada diri sendiri.
Juga tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan "Selamat Kembali Mahaguru"