Kurang daripada 10 hari sahaja lagi temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia akan membuka tirai secara rasmi dengan dua lokasi menjadi tumpuan, iaitu Jakarta dan Palembang.
Tumpuan sudah pasti terarah kepada bagaimana kemampuan Indonesia selaku tuan rumah di samping persiapan atlet republik berkenaan untuk menjulang tinggi semangat sang Garuda.
Sementara itu, di Malaysia pelbagai persoalan tercetus mengenai kontinjen yang akan dihantar ke Sukan Asia kali ini.
Di sebalik jumlah kontinjen yang terbesar dalam sejarah penyertaan, iaitu lebih daripada 400 atlet, ia bukan cerminan persembahan lebih berkualiti mampu dihasilkan khususnya dalam saingan yang lebih kompetitif di rantau Asia.
Ini kerana hanya daripada jumlah berkenaan, tidak sampai separuh merupakan atlet yang berstatus "kategori A" iaitu berpotensi dalam memburu pingat.
Selebihnya pula perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri terlebih dahulu selaras dengan ketetapan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan mereka di dalam "kategori B".
Perlu juga diingat menerusi program Podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN), cabaran sebenar sudah pasti menempatkan diri di kalangan 10 terbaik Asia selepas gagal dalam ujian pertama, iaitu 10 terbaik semasa penyertaan di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Sasaran untuk perbaiki kutipan pingat yang diraih di Incheon, empat tahun lalu iaitu lima emas, 14 perak serta 14 gangsa menjadi cabaran utama kontinjen Malaysia kini untuk berada di landasan tepat dalam memastikan buruan emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo dalam tempoh dua tahun lagi mampu dilaksanakan.
Ketiadaan jaguh perseorangan utama badminton, Datuk Lee Chong Wei, selain juara dunia terjun, Cheong Jun Hoong, berikutan kecederaan menambahkan lagi kesukaran buat kontinjen yang diketuai Datuk Seri Abdul Azim Zabidi mencapai impian 10 terbaik keseluruhan seperti yang diidamkan.
Penulis kini sudahpun berada di Jakarta sejak Rabu lalu dan berpeluang melihat bagaimana persiapan akhir tuan rumah menuju ke hari pembukaan temasya nanti.
Diharapkan kontinjen Malaysia terus kekal dengan semangat juang tinggi mereka apatah lagi ramai penyokong tuan rumah pastinya mahu melihat kegagalan atlit negara di laman mereka.