Sekali lagi, Manchester United kehilangan tiga mata ketika berdepan kelab bawahan liga, kali ini pasukan tercorot, Watford, yang sekadar memiliki sembilan mata sebelum perlawanan bermula. Bagaimanapun, kemenangan 2-0 ke atas United membenarkan The Hornets berkongsi mata dengan Norwich City.
Walaupun keputusan itu bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong United selepas pasukan mempamerkan aksi hambar berulang kali musim ini berdepan lawan mudah, perkara yang tidak mengejutkan United, namun cara mereka dibolosi dipersoalkan.
Seperti biasa, United bermula tanpa corak permainan agresif, tiada percubaan tepat ke arah pintu gol dalam 45 minit pertama. Anthony Martial dan Jesse Lingard terlepas dua peluang terhidang.
Ketika mereka mula menghasilkan sesuatu dalam separuh masa kedua, mereka dibolosi dengan jaringan pertama. Jaringan pertama perlawanan yang mengejutkan penyokong yang bertandang ke Vicarage Road.
Pada minit ke-50, Will Hughes mengambil sepakan percuma ke arah Ismalia Sarr untuk melakukan rembatan yang seharusnya mudah didakap penjaga gol seperti David De Gea. Namun, bola terlucut daripada tangan De Gea sebelum membolosi gawang.
Empat minit kemudian, Troy Deeney menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti. Skuad kendalian Ole Gunnar Solkjaer itu sekali lagi tunduk kepada pasukan bawahan liga dan merekodkan kekalahan kelima musim 2019-20.
Menerusi manchestereveningnews.co.uk , pertahanan United, Harry Maguire, tetap meletakkan keyakinan terhadap penjaga gol skuad kebangsaan Sepanyol itu dengan berkata,"De Gea adalah penjaga gol bertaraf dunia.
“Saya baru sahaja bersama pasukan ini sejak beberapa bulan lalu tetapi dia merupakan seorang penjaga gol yang berkualiti. Kami melupakan perkara yang berlaku dan kembali fokus untuk perlawanan seterusnya."
Solkjaer turut menjelaskan, "De Gea sungguh cemerlang dalam sesi latihan dan sentiasa memberikan tumpuan. Satu gol hasil kesilapan dan jaringan kedua adalah penalti. Saya meletakkan kepercayaan terhadapnya di atas tahap keyakinannya dan dia tetap menjadi pilihan nombor satu pasukan."
Di atas kesilapan yang dilakukan, De Gea kini berada di tangga teratas daripada segi kesilapan yang membawa kepada jaringan sejak permulaan musim lalu. Enam kesilapan yang dilakukan dan kesemuanya dihukum oleh pasukan lawan.
Walaupun masih lagi diberikan mandat untuk kekal dalam kesebelasan utama pasukan, ia tidak bermakna reputasi De Gea mula tercalar -- bermula dengan kehadiran penjaga gol yang berkualiti seperti Ederson dan Alisson bersama Manchester City dan Liverpool mula menampilkan aksi cemerlang sejak beberapa musim lalu, kedudukannya bersama United turut mungkin harus dipertimbangkan. Sergio Romero yang merupakan pilihan utama skuad Argentina sedia mengisi kekosongan.
Kemudian hadirnya Dean Henderson, penjaga gol yang dipinjamkan ke Sheffield United telah berjaya tidak dibolosi tujuh kali dalam 17 perlawanan. Pemain muda itu turut memiliki kadar kejayaan dalam melakukan tampanan lebih tinggi (77.19) berbanding De Gea (69.86).
Jika De Gea terus melakukan kesilapan, seperti yang diakuinya sendiri ketika berdepan Arsenal dan Barcelona musim lalu, United mungkin terpaksa melihat mencari pilihan lain.
He's big, he's brave, he's Spanish Dave,
He makes great saves, he never shaves,
He's flying through the air, come and have a shot if you dare!
Walaupun keputusan itu bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong United selepas pasukan mempamerkan aksi hambar berulang kali musim ini berdepan lawan mudah, perkara yang tidak mengejutkan United, namun cara mereka dibolosi dipersoalkan.
Seperti biasa, United bermula tanpa corak permainan agresif, tiada percubaan tepat ke arah pintu gol dalam 45 minit pertama. Anthony Martial dan Jesse Lingard terlepas dua peluang terhidang.
Ketika mereka mula menghasilkan sesuatu dalam separuh masa kedua, mereka dibolosi dengan jaringan pertama. Jaringan pertama perlawanan yang mengejutkan penyokong yang bertandang ke Vicarage Road.
A mistake from De Gea, obviously
— J.A.I? of Man Utd FT (@ZlatanZoniac) December 23, 2019
But I have no idea what Maguire was doing there
Shouldn’t be in a situation where he has to save it
Points cost: 8pic.twitter.com/jPH845Qcl9
Pada minit ke-50, Will Hughes mengambil sepakan percuma ke arah Ismalia Sarr untuk melakukan rembatan yang seharusnya mudah didakap penjaga gol seperti David De Gea. Namun, bola terlucut daripada tangan De Gea sebelum membolosi gawang.
Empat minit kemudian, Troy Deeney menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti. Skuad kendalian Ole Gunnar Solkjaer itu sekali lagi tunduk kepada pasukan bawahan liga dan merekodkan kekalahan kelima musim 2019-20.
Menerusi manchestereveningnews
“Saya baru sahaja bersama pasukan ini sejak beberapa bulan lalu tetapi dia merupakan seorang penjaga gol yang berkualiti. Kami melupakan perkara yang berlaku dan kembali fokus untuk perlawanan seterusnya."
Solkjaer turut menjelaskan, "De Gea sungguh cemerlang dalam sesi latihan dan sentiasa memberikan tumpuan. Satu gol hasil kesilapan dan jaringan kedua adalah penalti. Saya meletakkan kepercayaan terhadapnya di atas tahap keyakinannya dan dia tetap menjadi pilihan nombor satu pasukan."
6 - Since the start of last season, no player has made more errors leading to goals in the Premier League than David de Gea (6). Gifts. #WATMUN pic.twitter.com/RIpNYWZYi5
— OptaJoe (@OptaJoe) December 22, 2019