Sewaktu jendela perpindahan musim panas pada Jun tahun lalu, ramai menjangkakan bintang Manchester City, Riyad Mahrez, bakal meninggalkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu susulan kurang minit permainan bersama The Citizens.
Menambahkan lagi spekulasi itu, dua bulan sebelum itu, tonggak utama skuad kebangsaan Algeria itu juga berkongsi rasa kecewanya dengan pemain City yang lain.
Walaupun sedar dengan kehebatan pemain sayap lain seperti Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Leroy Sane, dia mengharapkan layanan yang lebih adil diberikan oleh pengendali, Pep Guardiola, sewaktu membuat keputusan untuk menurunkan pemain.
Namun, segalanya berubah selepas dia membantu Algeria menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika sekali gus menamatkan penantian 29 tahun untuk memenangi kejohanan utama, Julai tahun lalu.
Seperti yang dilaporkan Jordan Seward menerusi Mail Online, kejayaan itu seolah-olah memberikan nafas baru buat pemain yang menyertai The Citizens dengan nilai 60 juta Pound dari Leicester City, dua tahun lalu.
Ditambah dengan kecederaan lutut yang memaksa Sane berehat panjang, Mahrez pantas menggunakan kesempatan itu apabila menyinar bagi kempen 2019-20.
Mahrez membarisi kesebelasan utama City dalam lima aksi awal Liga Perdana Inggeris dan memanaskan bangku simpanan dalam empat perlawanan seterusnya tetapi kebangkitan mula dilakar selepas itu.
Kini, setelah mengharungi 28 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, pemain 28 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol dan mencatat 13 bantuan jaringan termasuk tujuh gol di pentas Liga Perdana Inggeris.
Walaupun gagal memberikan impak ketika masuk selaku pemain gantian sewaktu City diikat Crystal Palace 2-2 dalam pertemuan hujung minggu lalu, kebangkitan Mahrez pastinya memberikan harapan buat Guardiola, sekurang-kurangnya tidak perlu hanya bergantung harap kepada Sterling dan Silva semata-mata di bahagian sayap.
Mungkin harapan City untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini amat tipis memandangkan Liverpool sudah sebelah tangan menjulang trofi tertinggi England itu tetapi Mahrez mungkin jawapan buat Guardiola mempersiapkan diri untuk bangkit, musim depan.