Skip to main content

Rencana

Ke mana destinasi seterusnya?

zlatan.jpg
Zlatan Ibrahimovich. Satu nama yang tak perlu lagi diperkenalkan dalam arena bola sepak dunia.

Memulakan karier bersama Malmo FC sebelum menyinar bersama pasukan Ajax. Selepas itu, semuanya adalah sejarah hebat bersama pasukan besar seperti Inter Milan, Barcelona, PSG dan Manchester United.

Hampir 20 tahun beraksi di saingan Eropah, Zlatan membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mewakili LA Galaxy dalam saingan Major League Soccer (MLS). Seperti biasa, Zlatan membawa aura dan pengaruh yang amat kuat kepada LA Galaxy. Prestasinya di atas padang turut dipuji dengan meledakkan 52 gol dari 56 penampilan.

Terbaru, pihak pengurusan LA Galaxy membuat pengumuman bahawa Zlatan Ibrahimovich tidak akan kembali semula ke MLS pada musim hadapan. Perkhabaran itu disambut dengan kata-kata penghargaan oleh peminat Zlatan yang berterima kasih atas khidmatnya di Amerika Syarikat.

Biarpun ada sesetengah pihak yang melihat Zlatan sebagai seorang yang egois dan terkenal dengan karakter garang, namun karakternya itu dilihat seiring dengan kehebatan aksi di atas padang. Lihat sahaja penampilan pertamanya bersama LA Galaxy, pada saat pasukannya ketinggalan 0-3, Zlatan masuk sebagai pemain gantian malah meledakkan dua gol untuk membantu LA Galaxy menang 4-3.

Zlatan turut meledakkan gol ke-500 dalam kariernya bersama pasukan LA Galaxy. Bahkan, beliau merupakan pemain bola sepak dengan gaji termahal di Amerika Syarikat dengan pendapadatan kira-kira RM30 juta setahun.

Jadi selepas ini, ke manakah hala tuju Zlatan? Adakah beliau akan bersara atau mungkin kembali ke Eropah, atau juga mungkin pulang ke Sweden?

Pada pandangan Dayang, biarpun sudah menjangkau usia 38 tahun, Zlatan masih lagi mempunyai kredibiliti untuk beraksi di pentas tertinggi. 

Kehadirannya dalam pasukan mampu membantu menaikkan moral rakan sepasukan, selain menghadirkan rasa gerun pihak lawan. Tetapi pasukan mana yang mahukan beliau? Adakah beliau akan kembali ke Serie A Itali? Atau mungkin juga ke Legue 1 di Perancis?

Apa pula pendapat pembaca? Adakah Zlatan harus terus bermain atau mungkin sudah boleh berkira-kira untuk menggantung kasut bola?

Kredit imej: Squawka.com



 

Advertisement

Must Watch Video