Skip to main content

Rencana

Kau dan Aku

lee-chong-wei-lin-dan.jpg
Kau, Lin Dan, lahir setahun muda juga membesar tinggi meskipun aku lebih awal mengenal dunia.

Aku, Lee Chong Wei, sudah tahu sejak kecil aku mahu menawan dunia badminton dengan menjadi yang terulung.

Apa yang Kau dan Aku mungkin tidak terpandang dalam persahabatan, kita ditakdirkan menjadi seteru sepanjang zaman.

Dalam tidak sedar, sejak kali pertama kita mencongak perhitungan pada tanggal 22 Februari 2004, sudah terhasil 40 pertemuan yang disaksikan semesta.

Orang kata sebagai Abang, aku perlu mengalah kepada kau, Adik yang memiliki 28 kemenangan dalam himpunan rekod pertembungan kita.

Tetapi, tidak pernah sesekali Aku merelakan setiap daripada kemenangan itu, sama ada melonjak teruja atau tersungkur kecewa, kita bertarung sehingga keringat terakhir.

Pasti ada beberapa kekalahan yang memedihkan ego Aku seperti dalam final Kejohanan Dunia mahupun penentuan emas Sukan Olimpik.

Ah, Aku boleh sahaja tunjuk lagak dengan catatan luar biasa No.1 Dunia -- juga sebagai Raja Siri Super, tetapi kita tahu hakikatnya.

Beberapa waktu pada lewat usia ini, Kau melalui waktu suram dalam kerjaya sementara Aku dipaksa mengatasi kedatangan sang barah.

Terubat rindu meskipun melihat Kau dijulang di pentas Terbuka Malaysia 'Dua Kosong Satu Sembilan', pentas yang dikaitkan dengan rekod 12 kejuaraan peribadi Aku.

Setidaknya, Aku berpeluang untuk meraikan kejayaan Kau kali ini dalam usaha untuk kembali ke persada dunia buat kali terakhir.

Aku menanti waktu kita bersua di gelanggang, bertarung membuktikan kepada dunia mengapa tidak akan ada dua seperti kita.

Sehingga itu.....Kau dan Aku.

Advertisement

Must Watch Video