Sejak tiga tahun lalu, saya mendengar hasrat beberapa pemain negara untuk beraksi dalam liga Arab.
Hasrat itu terpaksa dipendam kerana terikat dengan jadual ketat skuad kebangsaan dan kelab masing-masing.
Namun, penantian itu berakhir apabila penyerang sensasi, Faizal Saari, dan dua bekas pemain remaja negara, Muhammad Hafiz Zainol serta Kavin Kartik, menerima tawaran Sohar Hockey Club dalam Liga Oman.
Apa yang mengejutkan, Faizal dapat 'No Objection Certificate' - lampu hijau Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) walaupun skuad kebangsaan akan memulakan sesi latihan 20 November ini.
"Saya sendiri terkejut apabila dapat pelepasan. Saya berjanji kepada jurulatih (Stephen van Huizen) dan Terry Walsh (Pengarah Teknikal) untuk mengikuti program latihan skuad kebangsaan walaupun terikat dengan liga.
"Saya akan menggunakan peluang ini untuk membuka jalan agar lebih ramai pemain Malaysia dapat beraksi di negara arab," kata Faizal.
Sohar Hockey Club terletak 1 jam 30 minit dari bandaraya Muscat.
Mereka tidak pernah menjuarai Liga Hoki Oman namun sejak dibawah pengurusan baru, impian menjadi lebih besar.
Setiap pasukan dibenarkan membawa tiga pemain import dan Sohar Hockey Club terus memilih Malaysia untuk memenuhkan kuota itu.
Lebih menarik, Faizal, Hafiz dan Kavin bakal catat sejarah pemain pertama negara beraksi dalam Liga Oman.
"Mereka perlu guna peluang ini sebaik mungkin kerana saya difahamkan, Oman bercadang memperbesarkan platform liga mereka.
"Mungkin tahun depan, Liga Oman akan jadi lebih kompetitif dan berdasarkan pengalaman, saya jangka mereka serius melakukannya," kata jurulatih Maybank, Saiful Azli Abd Rahman.
Beliau pernah membimbing Qatar pada 2011-2013 sebelum mengambil keputusan pulang ke tanah air.
Jadi peluang terhidang buat Faizal, Hafiz dan Kavin.
Bantulah Sohar Hockey Club muncul juara buat kali pertama dalam sejarah. Anda wakil Malaysia di sana.
Biar mereka tahu, ramai lagi pemain di Malaysia menunggu masa untuk mendominasi arena hoki negara arab.