Bagaikan kereta kebal bersaiz kecil The Blues, N'Golo Kante dilihat sebagai pencetus revolusi peranan pemain tengah dalam dunia bola sepak moden.
Walaupun namanya tidak segah pemain termahal dunia, Paul Pogba, Kante merupakan antara pemain berpengaruh buat Leicester City ketika mereka melakar kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali.
Kerajinan pemain berusia 25 tahun itu telah berjaya menarik perhatian Claudio Ranieri untuk membawanya ke England bagi menyempurnakan misi mustahil pada musim 2015-16.
Pada April 2016, Kante telah merekodkan 149 bentesan, dia juga telah tersenarai di dalam Pasukan Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA). Di penghujung musim itu, Kante berjaya melakukan 175 bentesan dan memintas bola sebanyak 157 kali.
Dipinang oleh The Blues dengan wang hantaran berjumlah GBP30 juta (RM163 juta), prestasi Kante terus melonjak dan menjadi antara pemain utama skuad kendalian Antonio Conte.
Selepas beraksi dalam 25 perlawanan, Kante berjaya mematahkan pergerakan pasukan lawan dengan melakukan 91 kali bentesan dan berjaya merampas bola sebanyak 58 kali, gandingannya bersama Nemanja Matic memastikan Chelsea tidak dibolosi dalam 13 perlawanan liga.
Namun, penghijrahannya meninggalkan The Foxes seakan-akan barah buat pasukan tersebut.Kante completed 4 interceptions in 24 seconds yesterday. It's almost as if he gives the ball away on purpose..
— Uber Chelsea FC (@UberCheIseaFC) February 26, 2017
pic.twitter.com/1rzf0jcDgg
Daripada bersaing merebut takhta liga kepada mencari jalan keluar bagi mengelak penyingkiran, Leicester kini menghuni tangga ke-15 setelah mengutip 24 mata.
Lebih malang lagi, kelab itu telah mengambil keputusan untuk memecat pengendali pasukan, Ranieri, pada 23 Januari lalu selepas mereka tumpas 1-2 kepada Sevilla dalam aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Kebolehan yang dimiliki Kante ini dapat dilihat pada bekas pemain tengah Perancis, Claudio Makelele, yang juga berkhidmat untuk Chelsea pada tahun 2003 sehingga 2008.
Kualiti yang dimiliki Makelele membenarkan pemain-pemain seperti Frank Lampard, Joe Cole, Arjen Robben, Damien Duff, Eidur Gudjohnsen dan Didier Drogba untuk merencanakan serangan.Dennis Wise on Kante 'He is very much like him [Makele]. He breaks things up very well and his passing how impressed me a lot,’. #CFC pic.twitter.com/FD1PZMYphe
— The Blues (@LondonIsBlue12) March 3, 2017
Pada tahun keduanya di Stamford Bridge, Makelele telah berjaya membantu pasukan meraih gelaran juara liga dan Piala FA.
Takhta EPL seakan sudah dalam genggaman Chelsea, cabaran baru buat Kante adalah beraksi di pentas Eropah musim hadapan.