Kejayaan menumbangkan Myanmar tempoh hari dengan keputusan selesa 3–0 ternyata mengembirakan seluruh peminat bola sepak negara selain mengembalikan kepercayaan peminat terhadap keupayaan skuad Harimau Malaya.
Selepas melalui tempoh suram di bawah bimbingan Nelo Vingada, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, berjaya mengemudi skuad negara untuk mencapai sasaran layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2018.
Kini, selepas kemenangan tempoh hari, segalanya mula berbeza. Sokongan yang diberi semakin padu, kepercayaan kembali diraih dan paling penting, moral skuad Harimau Malaya berada di tahap terbaik.
Jika momentum ini dapat dikekalkan dan biarpun Malaysia diletakkan sebagai pasukan “underdog”, bermain separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil mampu memberikan kelebihan kepada skuad negara.
Tambahan pula, Dayang pasti lebih dari 83,000 orang akan membanjiri stadium untuk menjadi ekor Harimau Malaya.
Namun, dalam masa sama, dikala kita mengharapkan Thailand mampu ditumbangkan di bumi Malaysia, Dayang juga ada terfikir bagaimana agaknya jika kita tewas? dan tewas dengan jumlah jaringan yang besar. Kerana harus diingat, Thailand mempunyai pemain tengah dan sayap yang mampu menjaringkan gol selain adanya Adisak Kraison yang merupakan penjaring terbanyak setakat ini dalam saingan Piala AFF 2018.
Bagi Dayang, gol awal oleh skuad Malaysia amatlah penting untuk memberikan keyakinan kepada pemain untuk beraksi cemerlang selain mematikan moral lawan. Ini kerana rekod Thailand di laman lawan tidaklah begitu cemerlang jika dibandingkan aksi mereka di Stadium Raja Mangala.
Jadi, ayuh Harimau Malaya! Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin, manfaatkan setiap peluang terhidang di atas padang Stadium Bukit Jalil kerana kami tidak akan berhenti mengaum dari tepi padang untuk memberikan sokongan!