Skip to main content

Rencana

Kalau Adli “Goldenboy” Hafidz yang lawan Jefri, apa jadi?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adli-jefri.jpg
Pelakon kacak Indonesia Jefri Nichol terpaksa akur tewas secara knockout (KO) di tangan El Rumi dalam pertarungan Superstar Knockout yang dilangsungkan baru-baru ini di Jakarta International Convention Centre (JICC).

38 saat sahaja diperlukan El Rumi untuk menundukkan Jefri yang hangat diperkatakan disebabkan hubungannya bersama pempengaruh terkenal Malaysia, Ameera Khan.

Secara kebetulannya, dalam kehangatan isu kekalahan Jefri ini, petinju negara dli “Goldenboy Hafidz” juga dalam proses merombak strategi ekoran kekalahan di Pentas Tinju Asia kepada juara OPBF dan WBO Asia Pacific Light Heavyweight, Rising Maxim Su.

Pertarungan 4 Ogos lalu, di pusingan keenam kira-kira 1 minit 43 saat - satu tumbukan tepat 'Su' berjaya menamatkan pertarungan melalui knockout.

Adli sudah pun melupakan kekalahan ini dan akan menumpukan perhatian kepada pertarungan seterusnya… namun persoalan sekarang adalah jika berdepan dengan Jefri Nichol, kemenangan akan berpihak kepada siapa?

Of course lah Dayang jangka kan Adli, tapi Jefri mesti berkobar-kobar nak bangkit dari kekalahan 38 saat yang lepas kan?

Advertisement

Must Watch Video