Skip to main content

Rencana

Juara Remaja Dunia jenis apakah Goh Jin Wei?

goh-jin-wei-010717_1.jpg
Usah salah tafsir, Goh Jin Wei, adalah perseorangan badminton yang memiliki bakat luar biasa.

Bakat yang diterjemah menjadi sejarah unik dalam saingan remaja apabila dua kali mengungguli gelaran dunia juga mengenggam emas Olimpik Remaja 2018.

2018 juga menandakan berakhirnya kerjaya Jin Wei di pentas remaja dan kini perlu fokus sepenuhnya kepada pengembaraan di alam senior.

Jin Wei kini berdepan pilihan untuk jadi Juara Remaja Dunia jenis apa?

A) TENGGELAM TERUS

Kategori ini kebiasaan buat bakat remaja yang bergelut untuk meneruskan kelangsungan di pentas senior.

Sindrom ini tidak terhad kepada juara remaja dunia dari Malaysia, masih adakah yang ingat kepada Juara Perseorangan Lelaki 2014, Lin Guipu? 

Saya percaya ramai yang tertanya siapa dia saat menyebut nama bakat dari China itu, tetapi apa yang saya yakin Jin Wei tidak akan berada dalam kategori ini.

B) HIDUP SEGAN MATI TIDAK MAHU 

Ini adalah kategori yang menyaksikan haluan yang menjadi kisah penyambung kepada majoriti bakat remaja

Selain Jin Wei, Malaysia pernah sekali muncul juara perseorangan lelaki, tujuh kali menerusi beregu lelaki dan memenangi dua kejuaraan beregu campuran.

Sehingga hari ini, tidak ada seorang pun yang benar-benar mencapai taraf elit dunia kecuali Tan Boon Heong apabila bergandingan dengan Koo Kien Keat di pentas senior.

Tetapi Jin Wei harus berwaspada untuk terus mencari kekuatan sebenar dalam peralihan sepenuh masa dalam kalangan senior.

Ketika mengimbangi keperluan menghadapi kejohanan senior dan remaja sejak 2015, dia menawarkan sinar mampu bersaing dengan terbaik dunia.

C) CHAMPION OF THE WORLD

Ini yang jarang dilakukan bekas juara remaja dunia apabila mereka melangkah ke alam senior.

Tetapi tidak mustahil dengan menjadikan kategori perseorangan wanita sebagai rujukan buat Jin Wei.

Dalam sejarah 25 bekas Juara Remaja Dunia merealisasikan impian memenangi gelaran dunia sebagai senior.

Empat daripada mereka adalah Perseorangan Wanita, Wang Yihan, Wang Lin, Ratchanok Intanon dan Nozomi Okuhara.

Bagi yang mengenali Jin Wei, dia memiliki setiap daripada kualiti dan keupayaan untuk memenuhi potensi.

Selepas Datuk Lee Chong Wei, dia antara segelintir yang saya lihat berupaya menamatkan penantian Malaysia untuk memiliki Juara Dunia.

Jadi Jin Wei, Juara  remaja dunia jenis apakah anda?

Advertisement

Must Watch Video