Kejayaan terbaru menjulang trofi Piala Dunia Kelab seminggu lalu dan rehat musim sejuk, nampaknya belum mampu mententeramkan keadaan di Real Madrid.
Kehilangan Cristiano Ronaldo menjelang permulaan musim ini belumpun berupaya ditampung dan kini pemenang pelbagai gelaran individu pada 2018, Luka Modric, khabarnya mahu meninggalkan pasukan.
Tidak cukup dengan itu, Isco yang semakin hilang sabar dengan pengurus baru, Santiago Solari, juga dalam perjalanan keluar dari Bernabeu.
Menambahkan perisa kecelaruan kelab yang dipengerusikan diktator bola sepak, Florentino Perez, itu ialah Gareth Bale – wira hatrik ketika menyingkirkan Kashima Antlers dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi – belum jelas masa depannya untuk kekal.
Di tengah-tengah segala keributan itu pula, musuh ketat, Barcelona, semakin hampir mengikat pemain muda rebutan ramai bernilai €70 juta (RM333 juta), Frenkie de Jong, 21, daripada Ajax Amsterdam musim panas nanti di sebalik minat besar yang ditunjukkan Bayern Munich, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG).
Ia satu perkembangan yang langsung tidak dialu-alukan Los Blancos – ketika ini di tangga keempat LaLiga, lapan mata terpisah daripada Barca di mercu carta.
Stesen televisyen awam, Telemadrid, melaporkan bahawa Modric – Pemain Terbaik Dunia FIFA, pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018, Ballon d’Or, Olahragawan Tahunan Croatia dan terbaru, Olahragawan Negara-Negara Balkan mengatasi bintang tenis Serbia, Novak Djokovic -- menolak tawaran lanjutan Real ketika kontraknya berbaki sehingga 2020.
Kelab Serie A, Inter Milan, dilaporkan berminat mendapatkan tandatangannya dengan perjanjian dua tahun bernilai £9 juta (RM47.5 juta) setiap tahun.
Pada masa sama, Real Madrid dikatakan yakin dapat memujuk Modric untuk kekal. Namun, jika gagal pada musim panas nanti, kelab itu terpaksa menjualnya bagi mengelak perpindahan percuma pemain berusia 33 tahun itu pada tahun berikutnya.
Berbanding Modric, kegundahan Francisco Román Alarcón Suárez atau ringkasnya Isco -- pemain tengah menyerang kegemaran Zinedine Zidane sebelumnya – harus lebih mudah difahami.
Sejak Solari mengambil alih daripada Julen Lopetegui, pertengahan November lalu, belum sekali pun dia dinamakan dalam kesebelasan permulaan atas alasan pengurus baru itu sebagai percaturan taktikal dan bukan bersifat peribadi.
Menuruti jejak langkah Alvaro Morata, perpindahan ke Liga Perdana Inggeris adalah berkemungkinan buat Isco, 26, dengan Chelsea, Manchester City, Arsenal dan Liverpool dilaporkan berminat terhadapnya di samping Juventus dan PSG yang turut bersedia dengan buku cek masing-masing.
Bale pula harus dilonjakkan peluangnya selepas hatriknya itu tapi merentasi peralihan daripada Zidane kepada Lopetegui kepada Solari, bintang terbesar Wales itu kekal tidak gembira.
Ada banyak yang tidak kena di Santiago Bernabeu ketika ini.