Siapa sangka di belakang kejayaan ratu negara, Phee Jinq En, dia menghadapi cabaran berliku sebelum menamatkan kempen Sukan SEA Filipina 2019 dengan dua pingat Emas dan satu Perak.
Tidak mudah sebenarnya untuk atlit berusia 22 tahun ini menjadi sandaran dan harapan negara untuk menyumbang pingat emas selepas membuktikan prestasi cemerlang di temasya itu, dua tahun berturut-turut.
Pada awalnya ketika saya menemui Jinq En, dia menjelaskan enggan terlalu berfikir selain hanya akan buat yang terbaik dalam setiap acara disertai, iaitu 200, 50 dan 100 meter kuak dada.
Atlit yang pernah layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 itu membuka tirai Sukan SEA dengan menyumbang pingat gangsa terlebih dahulu melalui acara 200 meter kuak dada, namun kejayaan ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya kerana ia bukan acara kegemaran Jinq En.
Keesokan harinya, Jinq En meluahkan rasa tekanan selain tidak yakin untuk menghadapi acara 50 meter kuak dada ekoran kepenatan yang dialami apabila tidak mempunyai tempoh rehat yang panjang.
Bagaimanapun, kepenatan itu tidak menjadi penghalang untuknya selepas berjaya menamatkan penantian pingat Emas pertama buat skuad renang negara di Filipina pada hari ke-2 melalui acara 50 meter kuak dada sekali gus menetapi sasaran yang disandarkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepadanya.
Cabaran demi cabaran, Jinq En tetap kental meneruskan perjuangan menghadapi acara kegemarannya, 100 meter kuak dada, sekali gus menggalas tanggungjawab besar mempertahankan pingat Emas miliknya sejak tahun 2015 lalu.
Atlit kelahiran Subang Jaya itu menjelaskan bahawa dia menangguhkan peperiksaan demi menggalas cabaran di Filipina selain akui bahawa hampir putus asa ekoran tertekan dengan tugasan negara.
“Kalau seseorang atlit itu buat penampilan pertama di Sukan SEA, pasti bebannya tidak sama seperti atlit yang menggalas cabaran mempertahankan kejayaan.”
Apa yang lebih manis, Jinq En mencatat rekod kejohanan dan kebangsaan dalam acara 100 meter kuak dada dan rekod kebangsaan 50 meter kuak dada.