Skip to main content

Advertisement

Rencana

Jin Wei BBB (Bukan biasa-biasa)

goh-jin-wei-010717_1.jpg
Saya teringat kisah minggu lalu di Kejohanan Badminton Kebangsaan yang berlangsung di Ipoh, Perak, lebih khusus ketika pertemuan akhir perseorangan wanita, Soniia Cheah bertemu Goh Jin Wei.

Atas kertas, saya ramalkan Jin Wei mampu ulangi kejayaan 2016, berdasarkan prestasi semasa, dia tidak sepatutnya hadapi masalah untuk tundukkan Soniia. Sangkaan saya meleset apabila Jin Wei longlai, secara fizikal dan harfiahnya. 21-10, 21-14, Jin Wei tewas dan matanya kelihatan merah ketika sesi penyampaian hadiah, dalam hati saya dapat meneka dia baru sahaja menangis, tidak dapat terima kenyataan tewas dalam pertarungan itu dengan mudah. 

Bukan itu sahaja, dia elak mahu bercakap dengan media, memberikan alasan sakit perut dengan muka sugul.

Seminggu berlalu, dan Jin Wei terbang ke Terbuka Jerman, dan dia banyak belajar daripada apa yang terjadi di Perak. Satu per satu lawan ditumbangkan bermula dengan Zhang Yiman dari China di pusingan pertama, Kim Ga Eun dari menjadi mangsa di pusingan kedua, seterusnya pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Zhang Beiwen disingkirkan.

Jin Wei bertemu dengan Akane Yamaguchi di peringkat separuh akhir, meskipun pernah melakar kejutan ketika Kejohanan Masters Malaysia Januari, namun ia sukar untuk ulangi tersebut, apabila Jin Wei pula ditunjukkan jalan keluar tumpas, 21-14,21-11.

Saya memuji Jin Wei, dari aksi sugul di kejohanan tempatan, bangkit semula seminggu kemudian di luar negara, sementara beberapa juara kebangsaan ditunjukkan jalan keluar lebih awal.

Untuk Jin Wei, anda mungkin tidak memenangi kejohanan kali ini, namun yang pasti anda bukan pemain biasa-biasa.
 

Advertisement

Must Watch Video