Mesej Jerman dalam Piala Konfederasi di Russia kali ini cukup jelas, ia sebahagian daripada projek jangka panjangnya.
Justeru, pengendalinya, Joachim Low, sama sekali tidak mengambil pusing kritikan terhadap percaturannya mengetengahkan barisan keduanya.
Juara menanti itu mengetepikan Toni Kroos, Thomas Muller, Mesut Ozil, Jerome Boateng, Mario Gomez dan Mats Hummels menjelang sepak mula kejohanan pemanas badan bagi Piala Dunia tahun depan, tengah malam ini.
Selain Marco Reus yang direhatkan, khidmat Leroy Sane, Mario Gotze, Manuel Neuer dan Julian Weigl terpaksa dilupakan akibat kecederaan.
Tujuh daripada barisan tonggak yang dinamakan merupakan muka baru dengan hanya tiga pemain daripada skuad Piala Dunia yang dimenangi pada 2014 di Brazil telah disenaraikan.
Perkembangan itu tidak disenangi oleh Ketua Jawatankuasa Penganjuran Piala Dunia, Alexey Sorokin, kerana berpendapat peminat mahukan aksi pemain bintang.
Namun, Sorokin akur dengan hajat Jerman yang mahu merehatkan barisan utamanya bagi menghadapi detik sebenar, tahun depan.
Selepas kudrat anak buahnya dikerah dalam pentas Euro 2016 dan secara tidak langsung kurang mendapat rehat pada musim panas lalu, Low berpendapat adalah wajar pemain-pemain mendapatkan cuti.
"Tiga kejohanan dalam tempoh tiga tahun adalah melampau," demikian kata Low yang tidak kisah andai Piala Konfederasi dimansuhkan untuk edisi 2021.
Sering kali kita mendengar istilah 'burnout' -- merujuk kepada had seseorang atlet itu beraksi dalam pertandingan. Ia bukan sahaja melibatkan fizikal, malah merangkumi mental dan emosi.
Pada masa sama, ada pendapat sinis yang mengaitkan langkah Jerman itu dibuat kerana sengaja mahu mengelak sumpahan Piala Konfederasi.
Sejak 1992, Argentina, Denmark, Brazil, Mexico dan Perancis telah menempa azabnya dan ada antaranya gagal melepasi aksi peringkat kumpulan Piala Dunia.
Begitupun, Die Mannschaft telahpun mengatasi badi Piala Dunia apabila muncul wakil Eropah pertama meraih kejayaan trofi yang dahulunya dikenali sebagai Jules Rimet.
Selain Jerman, kejohanan yang akan berakhir pada 24 Jun itu turut diserikan dengan kehadiran Portugal, New Zealand, Chile, Australia, Cameroon, Mexico dan tuan rumah, Russia.