“Kepada setiap orang yang menderita kerana taufan, perlawanan ini didedikasikan khas buat anda”.
Luahan kapten skuad ragbi Jepun, Michael Leitch dibuat sebelum bermulanya pertemuan menentang Scotland yang diakui lebih dari sekadar perlawanan yang membawa harapan rakyat Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak penganjuran kejohanan itu 32 tahun lalu.
Sungguhpun Leitch berasal dari Christchurch, New Zealand, pengalaman bersama pasukan ragbi Jepun yang dikenali sebagai Brave Blossoms sejak lebih 10 tahun lalu jelas telah mengajarnya erti perjuangan sebenar masyarakat Jepun, terutama ketika berada di dalam situasi sukar.
Sekuat nenek moyang mereka yang bangkit dari peristiwa menyedihkan, pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945, begitulah tingginya semangat juang yang dimiliki Brave Blossoms ketika mengejutkan Scotland pada aksi kelima kumpulan yang berlangsung sehari selepas bencana Taufan Hagibis mengorbankan kira-kira 26 nyawa.
Sebenarnya sejak awal lagi, tuan rumah tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan yang akan pergi jauh pada kempen kali ini apabila sekumpulan dengan pasukan-pasukan hebat. Tetapi sebaik mengatasi Ireland 19-12 menerusi kebangkitan ketika ketinggalan 3-12 pada perlawanan kedua, semua pihak mula buka mata.
Sudah namanya penyokong setia, mata dan hati penyokong Brave Blossoms sentiasa bersama pasukan kesayangan, terutama pada saat sukar dimana perlawanan penentuan Jepun di kejohanan ini hanya disahkan berlangsung seperti dijadual, beberapa jam sebelum.
Menepati ciri-ciri sebuah filem aksi, rakyat Jepun tergambar sebagai masyarakat yang percaya mereka bangsa yang cepat bangun setiap kali ditimpa musibah tetapi realitinya, ia juga pernah berlaku 8 tahun lalu dimana pasukan bola sepak Jepun menjulang trofi Piala Dunia.
Jepun, pasukan underdog berhadapan dengan Amerika Syarikat tetapi dek kerana aksi final berlangsung sehari selepas tanahair tercinta dilanda Tsunami, pasukan bola sepak wanita Jepun telah mendapat suntikan semangat dalam membulatkan azam dan tekad mereka dengan memperagakan persembahan luar biasa.
Situasi sama dapat dilihat ketika Leitch memimpin rakan sepasukannya dihadapan lautan penyokong merah dan putih yang membanjiri Stadium Yokohoma dengan sorakan “nippon, nippon..” bergema disetiap penjuru stadium dan meresap kepada semua penonton yang menyaksikan perlawanan ini menerusi siaran televisyen.
Apa yang pasti, kekuatan yang baru sehari disemarakkan dari tragedi Taufan Hagibis telah membawa Jepun mara ke suku akhir Piala Dunia untuk membuat pertemuan dengan Afrika Selatan dan pada masa sama, menebus dendam kekalahan di tangan Scotland pada penganjuran 2015.
Brave Blossoms telah melakukan segala yang terdaya demi mengurangkan kesedihan yang sedang ditanggung rakyat Jepun dan tanpa disengajakan turut menyentuh hati ramai peminat sukan ragbi dunia yang meletakkan Jepun sebagai ‘juara’ walaupun tempat untuk mereka beraksi di pentas final 2019 belum dapat dipastikan lagi.