Bola sepak antarabangsa kini telah memasuki fasa perpindahan musim panas.
Bintang-bintang yang menyinar pada tahun ini pastinya menjadi buruan setiap pasukan yang sudah tentu mahu meningkatkan mutu pasukan daripada segenap posisi.
Sebut sahaja Kylian Mbappe, Andrea Belotti dan Pierre-Emerick Aubameyang, pasti setiap pasukan elit di dunia mengidamkan khidmat mereka.
Monaco meletakkan tanda harga GBP120 juta untuk Mbappe manakala Torino tidak akan melepaskan Belotti pada harga di bawah GBP87 juta. Persoalannya, adakah berbaloi untuk mendapatkan khidmat mereka dengan harga yang diminta?
Zinedine Zidane mencipta rekod perpindahan pada tahun 2001 apabila keluar dari Juventus untuk ke Real Madrid dengan nilai GBP46.6 juta sambil membawa status juara Piala Dunia 1998 serta menjuarai Piala Eropah pada tahun 2000.

Takhta pemain termahal dunia itu bertahan selama lapan tahun sebelum dipecahkan oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2009 apabila menyertai skuad Los Blancos dari Manchester United dengan yuran GBP80 juta.
Perpindahan Ronaldo itu sepadan dengan apa yang dimilikinya ketika itu -- menjuarai Liga Perdana Inggeris tiga musim berturut-turut dari tahun 2007 sehingga 2009 serta memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 2008.
Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah kedua-duanya memegang status pemain termahal dunia berbekalkan profil tertinggi dalam dunia bola sepak.
Namun, senario itu berubah apabila Gareth Bale menyertai Madrid empat tahun lalu (GBP85 juta) sebelum Paul Pogba ke Manchester United pada musim lepas (GBP89 juta).
Dalam isu ini, adakah mereka benar-benar layak memegang takhta tersebut atau sekadar melibatkan keuntungan pasukan atau ejen yang memiliki mereka?
Southampton baru-baru ini menganggarkan pertahanan, Virgil Van Dijk, bernilai GBP70 juta apabila Liverpool cuba untuk memancing bek tengah Belanda itu sementara Everton menuntut GBP100 juta buat pasukan yang menginginkan khidmat Romelu Lukaku setelah dia menyatakan hasrat untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah.
Apa yang penulis boleh huraikan di sini adalah ia bukti nyata bahawa setiap pasukan akan meletakkan harga yang tinggi apabila pemain utama mereka mahu meninggalkan pasukan.
Ya, mungkin itu salah satu cara untuk mengekang kuasa-kuasa besar bola sepak untuk bermaharajalela dengan mudah demi memiliki sesiapa yang mereka mahukan, namun itu tidak boleh dijadikan tiket untuk sewenang-wenangnya menetapkan harga yang tidak masuk akal bagi setiap pemain.
Pogba dinamakan sebagai pembelian gagal akibat status pemain termahal dunia yang dipegang walaupun jika dilihat pada statistik, pemain tengah Perancis itu mencatatkan angka yang lebih baik berbanding pemain terbaik tahunan Liga Perdana Inggeris, N’golo Kante.

Soal sama ada Pogba gagal atau tidak pasti tidak akan timbul jika yuran perpindahannya hanya sekitar GBP50 hingga 65 juta, namun apakan daya itu harga yang diminta pihak Juventus dan dipersetujui oleh ejennya, Mino Raiola, serta pihak United sendiri.
Jika perkara ini berterusan, tidak mustahil ia mampu membunuh karier pemain itu sendiri secara tidak langsung serta akan membiarkan kelab mewah terus mendominasi pasaran perpindahan.
Baik ejen, pasukan mahupun pemain itu sendiri, mereka seharusnya lebih bijak dalam mencorakkan hala tuju setiap pemain.
Nota kaki: Sedih apabila mengetahui Real Madrid membeli pemain Flamengo, Vinicius Junior, dengan harga GBP40 juta. Dia hanya akan memasuki umur 17 tahun pada 12 Julai ini tanpa sebarang pencapaian hebat dan nilai itu hampir menyamai nilai Zidane 16 tahun lalu!