Kejayaan menewaskan Melaka ditempat lawan minggu lalu telah memberi kelebihan kepada Johor Darul Ta'zim untuk menjulang Liga Super 2018. Sudah pasti sekiranya ia menjadi realiti ia akan menjadi dua sejarah tercipta kepada JDT dimana menjadi pasukan pertama yang menjulang Liga Super 5 kali berturut-turut dan layak secara merit ke Liga Juara AFC pada tahun hadapan.
Kedudukan Perak ditangga kedua sudah tidak mampu memgugat JDT untuk menjuarai walaupun semua tahu pada perlawanan mendatang JDT akan bertemu Perak, sudah pasti perlawanan ini menarik untuk disaksikan. Sekiranya JDT tewas kepada Perak ia juga tidak mampu menggugat JDT untuk menjulang kerana jurang mata masih jauh dan perlawanan hanya berbaki 4 perlawanan selepas itu dan JDT hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka.
Advertisement
Jika JDT berjaya menewaskan Perak pada perlawanan itu maka sah lah JDT akan muncul juara Liga Super 2018. Maka bersoraklah kegembiran pemain-pemain dan penyokong-penyokong JDT kerana ia menjadi lebih manis kepada mereka apabila pengesahan kejuaraan itu ditempat lawan dan juga seteru utama mereka.
Tahniah kepada Raul Longhi jurulatih sementara JDT yang berjaya mengawal keharmonian dalam pasukan JDT walaupun semua maklum pada awal musim ini pelbagai masalah yang dihadapai JDT terutama pergolakan dalam pasukan yang membabitkan pemain import dan jurulatih kecergasan bersama pemain dan pengurusan JDT. Tetapi itu berjaya ditolak tepi oleh Longhi sebaliknya beliau bersama pasukan kejurulatihan telah buktikan bahawa mereka mampu mengulas tugas dengan baik.
Sementara kepada pasukan-pasukan lain dan penyokong-penyokong mereka haruslah menerima hakikat bahawa pasukan JDT ketika ini adalah yang terbaik dalam Liga Malaysia dan kepada penyokong-penyokong JDT teruslah berdiri dibelakang pasukan JDT baik ketika kuat ataupun lemah kerana dengan sokongan itu akan terus memberi keyakinan dan pengurusan kelab untuk terus memberi yang terbaik demi pasukan serta pembangunan bola sepak negara khususnya.