Johor Darul Takzim Football Club (JDT FC). Juara, pemain elit, jersi cantik, gaji tinggi, kereta mewah, bus eksklusif, stadium yang gah, peminat setia, laman web terkini dan Tunku Mahkota Johor. Ini yang saya dapat rangkumkan tentang JDT.
Tahniah kepada Johor Southern Tigers kerana menjadi kelab pertama merangkul kejuaraan Piala FA.
Walaupun saya orang Raket, gosip-gosip mengenai JDT menarik perhatian saya tentang bola sepak Malaysia.
Pada pendapat saya, suka ataupun tidak, JDT melalui Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memulakan bola sepak yang kreatif, inovatif, berfesyen, glamor, profesional dan ala Eropah tetapi budaya Malaysia.
Zaman berteknologi diikuti rapat oleh kelab selatan ini untuk berkomunikasi dengan seberapa ramai peminat yang boleh melalui Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Peminat JDT bukan sahaja di dalam negara malah dari serata dunia.
Suara lantang TMJ juga membawa pelbagai reaksi. Tapi saya lihat, ia mencetus perbalahan positif dan menjadikan JDT lain daripada yang lain.
JDT dilihat tidak takut untuk keluar dari kelompok biasa. Kini ia menjadi kelab impian setiap pemain.
Bagi saya, JDT ada kelas.