Perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini akan diserikan dengan pertembungan di antara juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dan juara Piala FA, Kedah.
Aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini pasti akan digamatkan dengan sorakan padu penyokong kedua-dua pasukan yang sebelum ini mempunyai hubungan tegang ekoran konflik jual-beli pemain.
Jadi, pasukan manakah yang mempunyai peluang untuk mendakap piala kedua musim ini?
Sebelum itu, buat penyokong Kedah dan JDT, terpulang kepada anda untuk bersetuju ataupun tidak kerana kajian ini hanya berdasarkan statistik semata-mata.
Saya pecahkan kajian ini kepada empat aspek utama.
1. Serangan
Berdasarkan statistik sepanjang musim ini, Kedah menghasilkan 37 gol dalam Liga Super, 13 ketika menjulang Piala FA dan 28 dalam Piala Malaysia (setakat peringkat separuh akhir)
Secara keseluruhan, mereka telah menjaringkan 78 gol daripada 39 perlawanan musim ini.
Bagi JDT pula, mereka menjaringkan 49 gol dalam Liga Super dan 29 gol dalam Piala Malaysia.
Ia menyaksikan skuad Harimau Selatan itu telah menghimpunkan 78 gol daripada keseluruhan 33 perlawanan.
Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang hampir setara di jentera serangan.
Gandingan Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman pasti akan menjadi sandaran Kedah manakala JDT pula mungkin bergantung kepada Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo.
Rating Kedah: 8/10
Rating JDT:8/10
2. Pertahanan
Kedah antara pasukan yang paling banyak dibolosi musim ini.
Mereka bolos sebanyak 29 kali dalam Liga Super, tujuh dalam Piala FA dan 19 kali dalam Piala Malaysia.
JDT pula mempunyai pertahanan paling mantap dalam Liga Super dengan hanya melepaskan 19 gol musim ini.
Selain itu, mereka hanya dibolosi sekali dalam Piala FA (ketika disingkirkan PKNS FC dalam pusingan ketiga) dan 10 kali dalam Piala Malaysia.
Secara keseluruhan, JDT mempunyai kelebihan dalam aspek pertahanan, ditambah Kedah akan kehilangan dua tonggak utama di bahagian itu, Renan Alves dan Rizal Ghazali.
Rating Kedah: 6/10
Rating JDT: 9/10
3. Penjaga gol
Kedua-dua pasukan akan diperkuatkan dengan penjaga gol yang pernah menyarung jersi kebangsaan.
Jika hendak dibandingkan Farizal Marlias (JDT) dengan Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Farizal mempunyai pengalaman dan fizikal yang jauh lebih baik, namun berdasarkan statistik, Ifwat Akmal juga mempunyai sesuatu yang Istimewa.
Kedua-dua penjaga gol itu merekodkan enam perlawanan tanpa bolos dalam Liga Super tetapi Farizal juga pernah melakukannya sebanyak tiga kali dalam Piala Malaysia -- rekod yang gagal dihasilkan Ifwat Akmal dalam kejohanan yang sama.
Namun, ketika membantu Kedah menjulang Piala FA, Ifwat Akmal berhasil untuk melakukannya sebanyak tiga kali, termasuk ketika menewaskan Perak 1-0 dalam final.
Rating Kedah: 8/10
Rating JDT: 8/10
4. Bahagian tengah
Kedah memiliki kombinasi pemain berpengalaman dan muda di bahagian tengah.
Kekuatan mereka pasti akan tertumpu ke arah ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, yang berupaya menghasilkan tujuh gol daripada 38 penampilan musim ini.
Selain itu, mereka juga diperkuatkan dengan dua bekas pemain kebangsaan, Azamuddin Akil dan Farhan Roslan, untuk bergandingan dengan bakat-bakat muda seperti Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel Mohd Nizam, yang cukup menyerlah dalam saingan Piala FA.
JDT pula mempunyai senarai nama-nama besar seperti Afiq Fazail, Hariss Harun, Leandro Velázquez dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian itu.
Berdasarkan aksi sepanjang musim ini, JDT lebih kompak dan stabil di bahagian tengah, namun 'enjin utama' Kedah berupaya menghasilkan gerakan 'set-piece' yang mampu menghukum lawan.
Rating Kedah: 7/10
Rating JDT: 7/10
Secara keseluruhan, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang hampir setara untuk menjadikan perlawanan akhir di Stadium Nasional dalam situasi 50-50.
Namun, JDT mempunyai sedikit kelebihan di bahagian pertahanan dan jika Kedah mampu menangani masalah di bahagian itu, tidak mustahil untuk mereka menumbangkan skuad Harimau Selatan berkenaan.
JDT pula seharusnya berwaspada dengan situasi bola mati yang boleh dimanfaatkan Kedah.
Peluangnya tetap 50-50 dan pasukan mana yang melakukan kesilapan, pasti akan menerima padah dan berputih mata.
P/s: Harap-harap penyokong kedua-dua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mencemar dan mengganggu perlawanan walau apa pun keputusannya.