Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bagaikan sudah di dalam sebelah genggaman Liverpool bagi mengakhiri penantian sejak 1990.
Kedudukan mereka bagaikan sudah tidak tercabar lagi, 18 kemenangan dalam 19 perlawanan selain tidak pernah terkalah menjadikan perjalanan mereka pada kali ini jauh lebih meyakinkan.
Apatah lagi peristiwa terlucut gelaran gara-gara prestasi kurang memberangsangkan sejak 'Boxing Day' sehingga menyebabkan mereka kehilangan mata penting sebelum dipintas Manchester United dengan berkelebihan menerusi jaringan.
Dalam masa yang sama, kelab-kelab gergasi yang sinonim mencabar kejuaraan liga kelihatannya sudah mula mendapat rentak kecuali sebuah kelab dari London, Arsenal.
Leicester City di tempat kedua sambil dihambat Manchester City, Chelsea, Manchester United dan Tottenham tetapi awas, Wolves boleh menjadi pakej kejutan dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara (UCL).

Daripada sisi yang sama, jaringan menjadi modal utama mereka mengukuhkan kedudukan dalam kelompok teratas.
Enam pasukan teratas sudah pun mencetak lebih daripada 30 gol, demikian formula ringkas mengenai kejayaan mereka setakat ini.
Jaringan terbanyak sedang dipelopori oleh anak buah Pep Guardiola menerusi 54 gol, disusuli Liverpool (47 gol) dan Leicester City (43 gol) -- 17 daripadanya disumbangkan oleh Jamie Vardy.
Wolves dan Arsenal masing-masing layak digelar pakar seri dengan sembilan catatan tetapi apa yang memisahkan mereka ialah mengelak daripada keciciran mata yang penting.
Tetapi pertembungan pertengahan minggu ini barangkali boleh mengundang satu lagi perubahan menarik daripada segi kedudukan memandangkan barisan bimbingan Guardiola itu bakal menjamu anak buah Carlo Ancelotti manakala Arsenal menanti kunjungan Manchester United yang memburu kemenangan hatrik.
Namun, The Reds juga harus berwaspada kerana faktor kelelahan sedikit menjejaskan permainan mereka dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves kelmarin tetapi dengan kelebihan 13 mata di puncak, ia sepatutnya bukanlah satu beban yang terlalu besar untuk berdepan pasukan di tangga kelapan, Sheffield United.