Saya selalu anggap kebanyakan atlet negara lebih arif mengenai perkara asas doping.
Jadi apabila diarahkan buat laporan khas mengenai kes doping, kumpulan kami yang turut dibarisi wartawan Nadi Arena, Syamil Izwan Azizan dan Amirah Ibrahim akan berdepan masalah mencari hala tuju tajuk utama.
Namun apabila dicadangkan buat kaji selidik tahap pengetahuan atlet, hasilnya mengejutkan.
Kami mendekati atlet senior kebangsaan hingga skuad angkat berat Wilayah Persekutuan. Realitinya, majoriti daripada mereka naif doping!
Soalan yang kami ajukan tidak terlalu teknikal. Contoh:
1. Adakah anda merujuk ISN (Institut Sukan Negara) apabila beli makanan tambahan?
2. Adakah anda periksa makanan tambahan diberikan jurulatih?
Ada atlet yang tidak rujuk atau tidak pasti adakah perkara itu perlu dilakukan. Adakah mereka tahu bahawa setiap bahan yang terkandung dalam tubuh badan mereka adalah tanggungjawab diri sendiri?
Adakah mereka tahu bahawa mereka terdedah untuk jadi statistik kes doping tahun ini?
Bayangkan, atlet yang memiliki nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Sazali Samad dan Mohd Hafifi Mansor boleh terjerat.
Apa pula tahap pengetahuan atlet peringkat akar umbi?
Itu belum lagi diajukan soalan teknikal.
Saya sudah terbabit dengan banyak laporan kes doping tetapi saya tidak tahu tahap pengetahuan mereka.
Nampaknya, kami sudah temui punca utama.
Nampaknya, usaha dijalankan Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Agensi Anti Doping Malaysia
(Adamas) dan persatuan sukan kebangsaan hanya berkesan di permukaan saja.
Ia tidak menghapuskan punca utama.
Jika sebelum ini atlet akan bertanggungjawab sepenuhnya khususnya digantung, maka selepas ini jurulatih atau pegawai persatuan akan diheret sama.
Jurulatih juga patut digantung atau dibuang kerja jika mereka bersubahat, pegawai pula akan merasai
keperitan bagaimana untuk menguruskan sejumlah besar atlet dengan dana yang terhad.
MSN patut potong bajet persatuan bergantung kepada jumlah kes positif. Contoh, jika seorang atlet positif MSN potong 10 peratus.
Jika 10 kes positif, maka persatuan pandai-pandailah cari dana sendiri.
Tindakan seperti ini akan beri kesan lebih menyeluruh. Atlet perlu jaga prestasi mereka, jurulatih perlu bertindak sebagai pengawas sementara pegawai perlu dana untuk menggerakkan persatuan.
Adamas pula sudah merancang pelan agresif 2019. Mereka akan bekerjasama dengan majlis sukan negeri untuk menjalankan ujian.
Maka selepas ini, akan ada lebih ramai "pegawai Adamas" di peringkat akar umbi yang menjalankan
program kesedaran tersusun dan ujian doping.
Mungkin langkah ini akan menghasilkan tsunami doping 2019 kerana banyak ujian akan dijalankan tetapi percayalah, ia akan beri kesan dalam tempoh beberapa tahun.
Langkah ini dijalankan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) apabila gerak gempur sejak tahun lalu menyaksikan lapan atlet mereka positif pada 2018.
Saya percaya usaha mereka akan membuahkan hasil, hanya masa yang akan menentukan.
Jangan sampai kita menyokong juara palsu, dimana dia sendiri tidak tahu apa yang terkandung dalam tubuh badan sendiri.
Jangan main-main dengan doping. Juara dunia, ranking pertama dunia mahupun pemenang pingat emas Sukan Olimpik pun boleh tumbang.