Skip to main content

Rencana

Jangan ketepi kemampuan Barcelona

frenkie-de-jong-lionel-messi-antoine-griezmann_.jpg
Saingan Liga Juara-Juara (UCL) kembali bagi musim 2019-2020, dengan kekalahan 3-0 Real Madrid kepada Paris Saint Germain (PSG) antara perbualan utama sementara aksi hambar Barcelona ketika berdepan Borussia Dortmund turut mendapat tumpuan.

The Blaugrana masih lagi mencari kejayaan di pentas Eropah yang pertama di bawah kendalian Ernesto Valverde. Mereka tersingkir di peringkat separuh akhir musim lalu tetapi menetapkan sasaran untuk menjuarainya musim ini.

Selepas tersingkir hasil kebangkitan pasukan lawan sejak dua edisi lalu, Barca berkemungkinan akhirnya menamatkan penantian bergelar juara kali ini.

Bergelutnya Barca dalam saingan UCL terlalu nyata. Kali terakhir mereka bergelar juara Eropah ialah pada 2015 dan sejak itu, pengalaman yang mengecewakan sering menghantui mereka.

Kekalahan 4-0 kepada Liverpool Liverpool masih lagi menyengat memori mereka tetapi bagaimana mereka akan bangkit daripada kekecewaan ini? Jawapannya mudah sahaja, mereka tidak mudah berputus asa.

The Blaugrana telah menunjukkan watak yang luar biasa sejak beberapa tahun yang lalu, bangkit setiap kali mereka jatuh dan meneruskan cita-cita mereka di Eropah.

Mereka tersingkir dalam suku akhir musim 2017-2018 tetapi menghadapi musim seterusnya dengan lebih bersungguh-sungguh namun terkandas dalam separuh akhir.

Anda tidak boleh mengabaikan mereka yang enggan berputus asa. Dengan sasaran untuk kembali bergelar juara Eropah, apa-apa boleh berlaku dan berkemungkinan mereka akan membawa pulang trofi itu kembali ke bumi Nou Camp.

Musim lalu, Barca tidak memiliki pemain sokongan kepada Jordi Alba. Pemain kebangsaan Sepanyol itu diturunkan hampir dalam setiap perlawanan dan akhirnya mereka dihukum pada penghujung musim dan kekosongan itu kini telah diisi musim ini.

Junior Firpo ditandatangani daripada Real Betis untuk memberikan lebih banyak pilihan buat Ernesto Valverde, dengan pertahanan itu akan memberikan saingan serta membenarkan Alba direhatkan bagi menghadapi perlawanan utama.

Kehadiran Frenkie de Jong daripada Ajax membuktikan mereka memperkuatkan lagi barisan tengah. Digandingkan bersama Arthur Melo dan Sergio Busquets, de Jong mudah menyesuaikan diri dan sudah bersedia mencetus impak.

Lionel Messi masih lagi meletakkan Barcelona sebagai salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Pemain skuad Argentina itu -- yang masih segar dengan kejayaan merangkul anugerah Pemain Terbaik FIFA -- akan kembali mengemudi pasukan untuk sekali lagi diangkat sebagai terbaik Eropah.

Musim lalu, Messi telah meledak 36 gol dan membuat 16 bantuan jaringan dalam 34 penampilan saingan LaLiga.



Dia juga merupakan penjaring terbanyak UCL dengan 12 gol dan ia membuktikan kemampuannya masih lagi relevan untuk memikul Barcelona.

Barcelona bergelut untuk menangani penghijrahan Neymar sejak beberapa tahun lalu. Ousmane Dembele dan Philippe Coutinho gagal untuk meningkatkan mutu jentera serangan hingga terlalu bergantung kepada Messi dan Luis Suarez.

Perkara ini mampu berakhir musim ini selepas kedatangan Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid musim panas lalu. Penyerang itu sedang berusaha untuk mendapatkan keserasian dalam pasukan dan bakal menjadi sokongan kepada Messi dan Suarez untuk mencetak jaringan.

Griezmann tidak diragui merupakan seorang pemain bertaraf dunia. Pemain kelahiran Perancis itu telah memainkan peranan ketika membantu negaranya muncul juara dunia tahun lalu. Selepas meledak empat gol dan dua bantuan jaringan buat Les Bleus menjulang Piala Dunia di Russia, dia sudah meledak tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam tujuh penampilan setakat ini bersama Barca.



Dengan kehadirannya, The Blaugrana secara tidak langsung meningkatkan kemampuan dalam melancarkan serangan, sekali gus menghidupkan peluang sekali lagi bergelar juara Eropah.

Bagaimanapun, gergasi Catalan itu masih lagi perlu bekerja keras dalam memastikan impian mereka tercapai.

Barcelona sentiasa dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai UCL setiap musim. Di sebalik kekecewaan yang perlu ditempuhi sejak beberapa musim lalu, The Blaugrana tidak boleh dipandang mudah dan mereka akhirnya boleh kembali ke puncak Eropah musim ini tetapi mereka harus menyedari perlu menggandakan usaha mereka.

Valverde dan skuad bimbingannya memasuki musim baru dengan langkah kiri apabila ditewaskan Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan. Gagal menampilkan aksi terbaik, ditambah dengan kecederaan membelenggu beberapa tonggak utama, menyaksikan mereka di tangga keempat dengan 13 mata selepas tujuh perlawanan.

Persembahan mereka ketika berdepan Borussia Dortmund dalam aksi UCL turut mencetus inspirasi apabila memerlukan Marc-Andre Ter Stegen beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan di Signal Iduna Park.

Ini sudah cukup untuk menyedarkan Valverde dan pemain-pemainnya untuk meningkatkan lagi usaha bagi mencapai impian yang mereka dambakan selama ini. 

Advertisement

Must Watch Video