Belum sampai setengah musim, isu pengadil sudah berkodi-kodi menghiasi laman 90 minit permainan saban minggu.
Memang banyak kekeliruan sampai ke tahap misteri melibatkan beberapa keputusan pengadil sehingga integriti mereka mula dipersoal.
Bermula daripada isu pengadil tidak cergas membawa ke larangan kritikan terhadap ketelusan pengadil yang dicetus pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme sehingga membawa kepada surat tunjuk sebab yang perlu dijawab pemain berpengalaman itu.
Ia tidak hanya senyap di situ apabila isu penalti pula menjadi trending dan relevan sehingga kini.
Terbaharu tempat lahir pengadil pula dipersoal dan lebih haru, badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nampaknya mula tunduk dengan desakan sesetengah pihak.
Bukankah keutamaan yang perlu diperbaiki badan induk itu adalah prestasi pengadil dan kebijaksanaan pengadil mentelaah sesebuah permainan menerusi resipi atau taktikal yang diguna pakai melibatkan kedua-dua pasukan.
Jika tempat lahir mula dijadikan isu, sila beritahu penulis seimbangkah bilangan pengadil dari semua negeri untuk penuhi tuntutan mengelak mengadili perlawanan negeri kelahiran?
Berapa banyak pengadil berpengalaman di pentas antarabangsa? Subkhiddin Salleh mengadili perlawanan melibatkan negeri kelahirannya, Perak tetapi tidak dipersoalkan integritinya?
Bagaimana pula persepsi sesetengah pihak yang melihat Subkiddin lebih sinonim dengan Kedah dan Pulau Pinang atas dasar tempoh bekerja di luar dari negeri kelahiran lebih lama daripada tinggal di negeri kelahiran sendiri ?
Jangan terlalu rigid menilai sesebuah isu sedangkan perkara yang lebih jelas di sini adalah prestasi pengadil itu sendiri yang perlu diperbetulkan.