Skip to main content

Rencana

Jangan Harapkan Nasib Sahaja

27416zainal.jpg
Selain dari JDT, Selangor turut mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC dimana The Red Giants berada dalam kumpulan E bersama dengan Ceres FC, Tampines Rovers dan Sheikh Jamal dari Bangladesh. 

Kem Merah Kuning berdepan Ceres FC di Stadium Selayang kelmarin bagi perlawanan kedua terakhir di peringkat kumpulan dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
 
Selaku pemerhati bola sepak tanah air, prestasi pasukan Selangor ketika ini dilihat sedikit merudum sama ada saingan domestic mahupun di Piala AFC. 

Dengan hanya menjaringkan lapan gol dan tujuh bolos dalam lima perlawanan, jelas menunjukkan bahawa banyak perkara perlu diperbaiki jika mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC.
 
Ketumpulan jentera serangan yang gagal mencetak jaringan ditambah pula kurang kreativiti di bahagian tengah pasukan menyaksikan bola lebih banyak berlegar-legar di tebgah padang tanpa hala tuju. 

Jurulatih Zainal Abidin Hassan dilihat kini gemar menggandingkan Nazmi Faiz dan Saiful Ridzuan yang telah lama beraksi bersama sewaktu mewakili skuad belia kebangsaan, namun masih belum terlihat lagi keserasian yang mampu menghadirkan rasa gerun pihak lawan.

Cuma sedikit pujian boleh diberikan kepada benteng pertahanan Selangor yang beraksi dengan baik dan tidak dibolosi dengan mudah sejak akhir akhir ini.
 
Cuma secara peribadi, Selangor perlu segera meningkatkan prestasi permainan mereka dan tidak perlu bergantung kepada keputusan perlawanan lain. 

Biarpun keputusan  seri tanpa jaringan melonjakkan Selangor satu anak tangga ke tempat kedua dalam Kumpulan E kerana Tampines Rovers menerima kejutan apabila kalah 3-2 kepada, Sheikh Jamal, namun  sampai bila mereka perlu berharap kepada nasib sahaja dalam bola sepak.

Advertisement

Must Watch Video