“Satu badan saya sakit-sakit tapi nak buat macam mana, saya mesti terus bermain.”
Itu antara luahan Lai Pei Jing, salah seorang anggota beregu campuran negara kepada Shahrazad Sani selepas tamat aksi final yang menyaksikan dia dan gandingannya, Tan Kian Meng akur sebagai naib juara Terbuka Singapura 2019, semalam.
Mereka menyertai kejohanan yang berlangsung di negara jiran itu tanpa masseur dan fisioterapi bersama - bukan amalan kebiasaan buat pemain yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Apatah lagi apabila kondisi pemain harus diberi pemantauan khusus kerana membabitkan penyertaan dalam kejohanan secara berturut.
“Kami mungkin boleh recover lebih cepat dari satu perlawanan ke satu perlawanan jika mendapat bantuan dari ISN tapi kami tak pasti kenapa mereka tidak bersama kami minggu ini.”
Ketika berkongsi keadaan itu selepas mengesahkan penyertaan ke separuh akhir kedua mereka dalam tempoh dua minggu Jumaat lalu, Kian Meng mengharapkan kekuatan mental mereka akan berterusan ke penghujung kejohanan ini kerana kali terakhir menjejakkan kaki ke final adalah ketika menjuarai Masters Malaysia pada Januari 2017.
Namun, ketika hampir berjaya mengembalikan memori indah dua tahun lalu itu, Kian Meng dan Pei Jing tidak berdaya lagi untuk mempamer persembahan agresif seperti ketika mereka mengejutkan pilihan kedua dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam pusingan pertama atau ketika mereka menebus kecewa pasangan senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dengan menyingkirkan wakil Indonesia yang juga pilihan ketujuh, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.
Ia dilihat sebagai anti-klimaks kepada keseluruhan persembahan Kian Meng-Pei Jing dalam Terbuka Singapura, namun perjalanan mengharungi empat perlawanan tiga set sebelum tunduk kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, bukan sesuatu yang mudah.
Kian Meng-Pei Jing bukanlah pasangan pilihan dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan 355,000 Dolar Amerika itu - mempunyai rekod pertemuan kurang membanggakan berdepan pasangan Thailand yang merupakan beregu keempat dunia apabila hanya menang dua daripada lima pertemuan sebelum ini.
Bagaimanapun, usaha keras Kian Meng-Pei Jing sedikit berbayar dengan peningkatan ketara dalam ranking dunia apabila gandingan negara itu kini menduduki ranking ke-26 dari ke-38 dua minggu lalu.
Selepas ini, Kian Meng-Pei Jing boleh berehat seketika sebelum kembali ke gelanggang untuk persiapan menyertai Kejohanan Badminton Asia 2019 yang akan berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, China, dari 23 hingga 28 April.
Pentas yang menghimpunkan pemain handalan Asia ini dijangka mampu menjadi medan ujian terhebat buat pasangan beregu campuran negara itu untuk sekali lagi mencabar diri disebalik keinginan untuk mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo.
Cuma pada masa sama, diharapkan masalah seperti ketiadaan masseur dan fisioterapi dalam kunjungan skuad badminton kebangsaan ke luar negara tidak berlaku lagi. Takkan nak lepaskan pemain keluar untuk dapatkan urutan atau rawatan otot di pusat refleksologi yang belum tentu kualitinya pula.