Izzazrin Aizie Ahmad Yani adalah antara watak utama dalam kisah kejayaan skuad remaja Kedah merampas kembali kejuaraan di Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 2025.
Ini terbukti apabila gadis tinggi lampai berusia 17 tahun itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas membantu pasukan muda hijau kuning itu menundukkan seteru hebat seperti Terengganu dan Pulau Pinang selain Johor di pentas akhir.
Pengalaman pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu tidak harus dipandang enteng, Oktober tahun lalu Izzazrin antara pemain yang membarisi skuad kebangsaan bimbingan Choo Koon Lee ke Kejohanan Bola Jaring Asia di India dan momentum itu diteruskan dengan penyertaan di Netball Super League (NSL) 2025 bersama pasukan Terengganu Marvels.
Izzazrin juga ketika ini sedang dipersiapkan oleh jurulatih, Aminah Ashaari menerusi latihan pusat yang diadakan secara berperingkat termasuk sepanjang bulan Ramadan lalu bagi menggalas tugasan selaku penjaring di Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang akan berlangsung di Korea Selatan bermula 27 Jun hingga 5 Julai nanti.
Menurut Aminah, Izzazrin bukan sahaja memiliki ketinggian yang baik tetapi turut menguasai kemahiran ‘holding’ yang diperlukan oleh seorang Goal Shooter untuk melakukan ‘blocking’ keatas pemain pertahanan di dalam bulatan gol.
Tambahnya, buat masa ini, Izzazrin perlu meningkatkan keupayaan untuk menjaringkan gol dengan lebih konsisten bagi merebut peluang mengisi posisi utama penjaring dalam skuad remaja kebangsaan.
Izzazrin mula mencuri perhatian ketika beliau mewakili Negeri Sembilan Venom yang tamat di kedudukan ketujuh pada saingan NSL 2023 dengan seringkali diletakkan di posisi Goal Attack.
Disebalik kemasukan pemain import bertaraf dunia dan kebanjiran pemain senior pada musim keempat, khidmat Izzazrin terus mendapat kepercayaan di NSL dengan beliau menimba pengalaman pula bersama skuad bimbingan Siti Nor Farhana Mustapha.
Siapa tahu, selepas ini Izzazrin akan kembali ke NSL bersama Kedah Sunshine pula. Kali terakhir pasukan dari utara tanahari itu menyertai saingan NSL adalah pada musim 2022 dan tamat di kedudukan kedua tercorot tetapi kini Kedah bukan sahaja boleh memanggil semula Izyan Syazana Mohd Wazir yang berjaya comeback musim ini, mereka juga ada Izzazrin untuk memperkuat posisi penjaring.
Jaga jaga!