Jika pasukan hoki Malaysia ingin mencuri mata daripada perlawanan pertama menentang pasukan no. 1 dunia, Argentina, kita harus berjaga-jaga dengan ketajaman pakar pukulan sudut penalti mereka, Gonzalo Peillat.
Dia adalah penyelamat Argentina ketika menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Hoki Dunia 3 di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley Olympic Park, London semalam.
Pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia ini menjaringkan kedua-dua gol Argentina daripada lima pukulan sudut penalti yang diterima. 45 peratus statistik sudah cukup menunjukkan betapa berbisanya bateri pukulan sudut penalti Argentina.
Reputasinya sebagai penjaring gol terbanyak dalam kejohanan terbesar dunia sebelum ini, iaitu Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik Rio 2016 sudah cukup menggerunkan bukan sahaja Malaysia tetapi semua negara yang bertemu Argentina.
Pasukan nNegara tidak mampu memberikan pukulan sudut penalti mudah, disiplin permainan yang tinggi diperlukan, fokus sepanjang perlawanan, terutama ketika bertahan, dan efektif apabila berpeluang memasuki kawasan D Argentina.
S. Kumar memikul tanggungjawab yang besar kerana beliau adalah benteng terakhir berdepan dengan Peillat, terutama situasi pukulan sudut penalti.
Begitu juga pelari pertama negara seperti Izad Hakimi, Marhan Jalil dan Haziq Shamsul yang jika diberi tugas, harus "berhati kering" dan berani dalam menghalang Peillat.
Daripada perlawanan Argentina-Korea, saya meramalkan sukar untuk pasukan negara menjaringkan gol padang apabila melihat betapa mantap dan berpengalamannya pertahanan Argentina yang ditubuhkan oleh Peillat, Ortiz dan Bugallo. Lebih Lebih lagi, Korea tidak mendapat satu pun pukulan sudut penalti sepanjang perlawanan.
Seperti yang saya katakan, penyerang negara harus efektif apabila berada di dalam kawasan D.
Sekurang kurangnya mereka harus mendapatkan pukulan sudut penalti kerana itu adalah peluang Malaysia menjaringkan gol.
Lebih lebih lagi, pakar kita Muhammad Razie Rahim seperti telah mendapat "form" beliau semula dalam tiga perlawanan persahabatan.
Walaupun di atas kertas, saya melihat peluang 70:30 berpihak kepada Argentina selaku pemenang pingat emas Olimpik Rio dan pasukan ranking pertama dunia untuk memenangi perlawanan, 30 peratus peluang itulah Malaysia harus berjuang seperti pegangan "belum main belum tau" dan "bola itu bulat"!
Kepada semua peminat hoki negara, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Argentina-Malaysia pada jam 3 pagi, Sabtu 17 Jun di Saluran Astro Arena 801 dan 802HD dan sama-sama mendoakan kejayaan pasukan hoki negara.
Ayuh Malaysiaku dan All The Best!