Bukan pilihan utama untuk layak?
Tidak mengapa.
Tetapi akhirnya segala kerja keras, usaha ikhlas dan rasa tanggungjawab memperbaiki kesilapan lalu berjaya membuahkan hasil apabila memenangi pingat emas 10 meter Air Pistol individu di kejohanan menembak Asia, New Delhi pada Isnin lalu, sekaligus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016 Ogos nanti.
Kesempatan bertemu dengan Johnathan atau lebih mesra disapa sebagai John ketika menjadi tetamu undangan program Nadi @ 1 pada Sabtu, penulis sempat menyingkap kisah kehidupan John yang pernah kecewa di Sukan SEA Singapura kerana sekadar pulang dengan pingat gangsa.
Tidak salah jadi lain daripada lain.
Mungkin ramai tidak tahu, ketika rakan-rakan seusia dengannya menghabiskan masa terluang selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan melancong atau sekadar bermain permainan video, John pula memilih untuk mendalami sukan menembak.
Mungkin kedengaran bahaya atau dianggap tidak sesuai buat anak kecil menjadikan "senjata" sebagai hobi, namun John menganggap menembak sebagai sukan unik dan bermula saat itu, pada usia 12 tahun, John terus memegang pistol sehingga ke hari ini.
Keseimbangan itu penting.
Siapa sangka aktiviti yang bermula dengan sekadar menemani kakak, bertukar kepada hobi dan kini adalah sebahagian daripada hidup John. Sudah pasti, menempah slot beraksi di sukan olimpik buat kali pertama menjadi kenangan terindah buatnya. Bagaimanapun John terpaksa melakukan beberapa pengorbanan, antaranya menangguhkan pengajian.
John yang merupakan pelajar jurusan aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia, sedar dia boleh ketinggalan berbanding rakan sekelasnya yang lain, namun setakat ini, dia berjaya mengekalkan cgpa 3.87, sesuatu yang boleh dibanggakan ketika jejaka dari Melaka ini dihimpit jadual padat.
Jadi, jadilah seperti Johnathan.
Selamat Tahun Baru Cina & Gong Xi Fa Cai.