Harapan menyaksikan Harimau Malaya menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF tidak kesampaian apabila barisan pemain negara tumpas 0-1 kepada Vietnam, ketika aksi final kedua di Stadium My Dinh 15 Disember lalu.
Hakikatnya, dibolosi dua gol ketika seri 2-2 di Bukit Jalil pada aksi final pertama jelas memberi kelebihan buat Vietnam menjulang kejuaraan.
Apa pun, penulis percaya pemain negara sudah mengerah segala kudrat serta berjuang hingga minit terakhir perlawanan di Hanoi.
Hakikatnya juga, Vietnam pasukan lebih baik berbanding skuad negara di saingan Piala AFF Suzuki kali ini.
Kini, apa yang penting adalah buat pengendali negara, Tan Cheng Hoe meneruskan usaha bagi meningkatkan lagi prestasi skuad negara dengan kemaraan ke Piala Asia 2023 harus dijadikan sasaran utama.
Kem negara kendalian Cheng Hoe kini juga sudah berupaya menjelmakan corak
permainan yang mengutamakan hantaran pendek, dengan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 menjadi sandaran.
Penulis percaya, perkara pertama yang wajar dilakukan Cheng Hoe, adalah memastikan pemain-pemain dari skuad B23 atau B19 bersedia menggantikan kudrat beberapa tonggak senior yang sudah berada di usia awal 30an untuk edisi Piala AFF Suzuki 2020.
Pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak bersama dengan Norshahrul Idlan Talaha berada dalam lingkungan umur tersebut.
Norshahrul sebelum ini sudah mengatakan kepada media arus perdana bahawa 2018 adalah saingan terakhir buatnya.
Bagi Aidil dan Zaquan, mereka akan mencecah 33 tahun pada 2020, tiada jaminan mereka akan terus berada dalam perancanngan Cheng Hoe ketika itu.
Penulis berharap pemain-pemain muda dalam skuad B23 dan B19 seperti Nik Akif Syakiran, Shivan Pillay Asokan, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Zafuan Azeman akan bersedia untuk tugasan skuad senior pada 2020.
Cheng Hoe juga mempunyai pemain senior lain yang wajar dipertimbangkan selepas ini seperti Nor Azam Azih dan Brendan Gan untuk terus menguatkan barisan skuad negara.
Nor Azam tersisih pada saat akhir kerana tidak cergas manakala, Brendan pula hanya mencapai tahap terbaik pada penghujung musim dengan Perak.
Selain mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023, sudah pasti Cheng Hoe perlu terus merancang aksi persahabatan antarabangsa dalam usaha memperbaiki ranking dunia FIFA skuad negara pada 2019.
Selain itu, sudah pasti kita mahu melihat skuad negara memberi saingan lebih kuat dan mara sejauh mungkin di saingan kelayakan Piala Dunia 2022 kelak.
Penulis juga optimis, pemain-pemain muda dalam skuad negara seperti Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan Shahrel Fikri Md Fauzi akan bertambah matang untuk edisi 2020.
Shahrel yang beraksi setengah musim di Liga Satu Thailand musim ini, dijangka kembali ke saingan Liga Super sama ada bersama kelab asalnya, PKNP atau berhijrah ke Perak.
Berbekalkan tempoh singkat di Thailand, penulis menjangkakan dia muncul antara penyerang tempatan terbaik untuk musim 2019.
Di sini, penulis juga ingin mengambil kesempatan memuji kumpulan penyokong
Ultras Malaya.
Bagi penulis, kumpulan penyokong ini semakin matang memberikan sokongan padu buat barisan negara.
Tifo-tifo yang dipaparkan juga mempunyai semangat patriotik yang menyemarakan semangat pemain negara dalam mengharungi perjuangan di Piala AFF Suzuki 2018 hingga ke pentas akhir.
Bagi penulis, anda semua sememangnya “Ekor Sejati Harimau Malaya”.
Jadi, jangan kita semua terlalu sedih dengan kekalahan ini kerana ia mengajar kita untuk mencanang kemenangan di masa depan dan percayalah, kita sudah berada di landasan tepat ke aras lebih tinggi selepas ini.