Skip to main content

Advertisement

Rencana

Inilah masanya buat Cheng Hoe, Kim Swee

16auba-transformed.jpg
Piala AirMarine 2019 yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac ini akan menjadi medan terbaik buat skuad bola sepak senior negara untuk memperbaiki ranking FIFA selain masa paling tepat buat jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mengumpul semula pemain-pemain terbaik di liga tempatan untuk mewakili negara.

Seramai 25 pemain telah dipanggil untuk menyetai kem latihan dan enam pemain telah digugurkan antaranya Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi selain masuknya muka baru seperti Hadin Azman, Firdaus Saiyad, Hafiz Ramdan, Nicholas Swirad,  dan S Kumaahran.

Piala AirMarine 2019 akan disertai empat pasukan iaitu Oman, Afghanistan, Singapura serta Malaysia dan ianya akan menjadi medan terbaik buat Malaysia untuk mendapatkan mata bagi menaikkan ranking Malaysia memandangkan pertandingan ini berada dalam kalendar FIFA. Harimau Malaya akan berdepan Singapura dalam perlawanan pertama mereka.

Bagi skuad bawah 23 tahun negara, mereka akan berdepan cabaran yang lebih getir berbanding Piala AFF B22 di Kemboja lalu. Kelayakan Kejuaraan AFC B23 2020 akan menjadi batu pengukur buat skuad Datuk Ong Kim Swee selepas gagal mendapat senarai pemain terbaiknya yang tidak dilepaskan pasukan negeri dan kelab untuk kejohanan lalu.

Kehadiran  nama pemain yang sedang meningkat naik seperti Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid dan Syahmi Safari pastinya akan ditagih untuk memperkuatkan pasukan. Malaysia berada dalam kumpulan J bersama China, Laos dan Filipina dan hanya dua pasukan terbaik yang berpeluang ke peringkat seterusnya.

Dengan kedua-dua kem berjaya mendapatkan senarai pemain terbaik mereka, penulis mengharapkan kedua-dua pasukan adik dan  abang berjuang sehabis baik dan mampu memberikan satu keputusan memberangsangkan.
 

Advertisement

Must Watch Video