Skip to main content

Rencana

Ini rumah saya...

2817ziyad.jpg
Kurang dua minggu atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli, mendapat suntikan semangat dengan kehadiran puteri sulungnya, Zuhayra Zafra Ziyad, yang sempat penulis temui sebelum Ziyad sibuk dengan kem latihan akhir Sukan SEA bersama kontingen negara.

Menceritakan kemungkinan, saingan dari Thailand bakal menjadi cabaran terbesar dalam saingan Sukan SEA 2017, serangan psikologi telah dilancarkan Promron Juntima dan Thawat Kachin ketika berlangsungnya Terbuka Thailand, Jun lalu.

"Di Bangkok, Promron menyatakan rasa tidak sabar untuk berentap dengan juara dunia seperti saya. Saya tidak pasti itu pujian atau ejekan Promron," itu antara bual bicara antara penulis dengan Ziyad dua bulan lalu.

"Saya hanya mampu tersenyum dan mengucapkan, Welcome, this is my home. Sebagai tanda saya tidak gentar.

"Niat saya dalam Sukan SEA bukan untuk memastikan pencapaian tertinggi, namun menjdi antara salah seorang pemenang di pentas podium amat bermakna."

Biarpun sekadar gangsa, Ziyad yang diberi cabaran kali pertama beraksi di pentas Sukan SEA nyata tidak mengecewakan, balingan kedua Ziyad menerusi catatan 17.12 meter di bawah dua atlet Thailand yang beroleh emas dan perak yang dikutip Thawat Kachin hanya dibezakan 0.3 meter sahaja!!

"Benar saya belum lagi menandingi Promron. Namun sekurang-kurangnya saya sudah hampir sebaris dengan pemegang emas kelahiran Thiland itu apabila berjaya pastikan gangsa dan berdiri sebaris Promron dan Thawat di podium."

Kredibiliti selaku juara para dunia dalam Paralimpik Rio 2016, penampilan Ziyad antara yang menjadi perhatian pada hari pertama acara olahraga bermula selain tumpuan utama membabitkan Raja Pecut baru Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

Advertisement

Must Watch Video