Sebut sahaja Kelantan, jika dibuka lembaran sejarah bola sepak Malaysia, penuh dengan cerita gembira dan duka.
Stadium Sultan Muhammed IV saksi utama kepada cerita bola sepak Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Namun, peminat Kelantan tetap setia walaupun dalam emosi bercampur-baur mengharapkan sesuatu
yang lebih positif.
Musim lalu, ribut bola sepak Kelantan umpama tsunami yang tiada penghujung. Walaupun kehadiran
tauke batik mahu kembalikan sinar bola sepak Kelantan tapi ia tetap gagal.
Namun, menjelang musim baru Liga Malaysia bermula hujung bulan depan, kepimpinan baru mengorak
langkah pantas untuk kembali membentuk skuad yang digeruni.
Kuasa penuh yang diberikan kepada pengurus pasukan yang juga individu yang membawa cerita
gemilang ketika bersama skuad Piala Presiden, iaitu Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, ditambah sentuhan
jurulatih, Yusri Che Lah, yang punya visi dan misi selari bersama pihak pengurusan, Kelantan dijangka
bakal kembali selaku gergasi bola sepak negara.
Langkah awal yang diambil Wan Rakemi membawa balik Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bersama Nazrin Nawi, dilihat satu kejayaan di kala kebanyakan pemain berasa takut untuk menyarung jersi Kelantan ekoran mimpi ngeri pengurusan pasukan bola sepak Kelantan sebelum ini.
Satu lagi elemen positif adalah dengan mahukan kehadiran pemain-pemain muda dalam pasukan juga
satu langkah proaktif dalam memastikan pemain yang ada jiwa sahaja berhak berada dalam pasukan.
Karakter pengurus pasukan bersama jurulatih cukup penting dan elemen ini ada dalam pasukan
Kelantan yang baru.
Biar yang punya jiwa bola sepak Kelantan sahaja mengendalikan pasukan.
Rakyat Kelantan dan bola sepak punya hubung kait yang sangat penting. Bola sepak Kelantan bukan
boleh diperkotak-katikkan. Bola sepak adalah cerita rakyat Kelantan.
Dengan kuasa penuh dan juga penswastaan yang diberikan kepada pengurus pasukan, ada beberapa lagi
pembaharuan yang bakal diumumkan. Ia memerlukan sokongan semua rakyat Kelantan atas nama
mereka yang sayangkan bola sepak.
Apa yang diharapkan, di kala Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sedang berusaha untuk kembalikan Red Warriors ke landasan sebenar, jangan ada parasit yang cuba untuk jadi penghalang mahupun hero.
Ini mungkin satu permulaan kepada sebuah cerita kebangkitan.
Gomo Kelate Gomo.
Demo lo ni tak supo mulo!