RENCANA
Ikrar Ultras Curva PKNS FC
" Apa guna penyokong beribu kalau tak masuk final"
Itu kata kata sinis dilaungkan oleh salah seorang penyokong pasukan PKNS FC, Roslee Manap.
Seperti yang umum maklum, menjelang final Piala FA pada Sabtu, 14 Mei ini, PKNS telah pun melakar sejarah, mara ke final dan akan bertemu JDT, selepas menumpaskan Perak pada peringkat separuh akhir dalam perlawanan dramatik yang berkesudahan agregat 4-3 memihak kepada anak buah E.Elavarasan.
Iklan
Berbalik kepada laungan sinis itu, kita kena akui PKNS bukanlah sebuah kelab besar jika dibandingkan dengan pasukan lain, penyokong Ultras Curva mereka pula hanya berjumlah dalam anggaran 65 orang. ye tidak silap, 65!
Jadi dengan pencapaian ke final Piala FA, ia adalah satu pencapaian yang membanggakan buat mereka sepanjang penubuhan dan penglibatan kelab ini dalam kancah bola sepak Malaysia sejak tahun 1967. Tidak hairanlah penyokong-penyokong PKNS kini mampu mendabik dada, dan siapa tahu kebarangkalian untuk mereka merekrut ahli baru sebagai Ultras akan bertambah selepas ini.
Curva PKNS baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini, dan mereka juga adalah sebahagian kecil penyokong pasukan Selangor. Ditanya kesetiaan mereka lebih cenderung kepada pasukan mana, Roslee Manap, selaku wakil Ultras Curva PKNS dengan bersahaja menjawab,
"Kami ini anak Selangor, jadi jika mana-mana pasukan Selangor bermain, pasti kami akan sokong, kini PKNS berada di pentas final, sudah tentu kami mahu mereka menang, sekurang-kurangya terubatlah juga hati selepas saksikan Selangor tersingkir tempohari"
Bakal melayan kunjungan para penyokong JDT, yang juga dikenali Boys Of Straits, Roslee bersama rakan-rakan seperjuangan di Ultra Curva sudah merencanakan beberapa persiapan menjelang malam final nanti.
"Kita tahu jumlah kita sedikit dan pastinya di Shah Alam akan penuh dengan warna biru, tapi kami takkan mengalah! Shah Alam tempat kami, dan kami akan pastikan stadium akan diliputi barisan penyokong oren. Kami akan memberikan sokongan yang hebat untuk menyaingi jumlah mereka. Nantikan Tifo dan beberapa Chant yang akan kami nyanyi di malam final nanti"
Walau apa pun persiapan, diharap kedua pasukan mampu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, dan yang paling penting tiada kejadian tidak diingini berlaku selepas tamat perlawanan. Malaysia sudah masuk tahun 2016, dan seharusnya para penyokong juga matang untuk menerima segala keputusan pada malam final nanti.
Bagi peminat bola sepak dari negeri lain, apa pula pilihan anda? Biru atau Oren?
Must-Watch Video