New Delhi, India jadi pentas buat Johnathan lakar sejarah penembak terbaik Asia dalam acara 10M Air Pistol sekaligus membawa dia capai impian selaku atlit yang bakal beraksi di pentas Olimpik.
Hampir seminggu kejohanan Asia yang berlangsung di India, satu persatu atlit menembak tumbang . Nama yang diletak selaku harapan seperti Nur Ayuni Farhana, Muslifah Zulkiffli, Bibiana Ng, Joseline Cheah gagal menyerlah.
Sehingga hari kedua terakhir kejohanan (1 Februari 2016) barulah Johnathan muncul penyelamat skuad menembak sekaligus meneruskan kesinambungan akan ada wakil menembak negara di Sukan Olimpik.
Olimpik London 2012 menyaksikan kelibat Nur Suryani Taibi manakala 2008, Hasli Izwan jadi wakil tunggal negara di Beijing.
Buat Johnathan, jangan sekadar layak untuk beraksi tetapi kekal fokus dalam misi buruan pingat untuk Malaysia. Asia sudah anda takluki, buktikan dunia juga mampu anda tawan!
Terdahulu di Lucknow, India pada penghujung Januari 2016, permulaan positif buat gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem / Tan Wee Kiong merangkul kejuaraan Masters India dalam misi mereka mengumpul mata ranking mencukupi untuk muncul yang terbaik mengatasi Koo Kien Keat / Tan Boon Heong selaku beregu terbaik negara.
Mungkinkah ini permulaan terbaik buat V Shem / Wee Kiong untuk mereka terus kekal konsisten dalam permainan mereka dan seterusnya berada di kemuncak prestasi menjelang Sukan Olimpik di Rio?
Tuah ketiga yang saya harapkan dari bumi India sudah pasti dari Hyderabad. Dua gemilang sudah dicipta di New Delhi dan Lucknow. Jadi mampukah skuad berpasukan lelaki dan wanita badminton negara tempah tiket ke Piala Thomas & Uber menerusi kejohanan berpasukan Asia ini? Jawapannya dari 15-21 Februari nanti!
Sukan negara 2016 semakin rancak, saingan makin mendebarkan buat atlit yang memburu slot ke Sukan Olimpik berbaki 183 hari lagi! Terus bersama kami di Nadi Arena untuk liputan dan perkembangan menyeluruh atlit-atlit negara.