Skuad Harimau Malaya menutup kempen Piala Suzuki AFF 2018 dengan 1001 perasaan yang sukar sebenarnya untuk saya gambarkan.
Dari satu sudut saya berbangga, namun dari sudut lain, perasaan kecewa dan terkilan menyelubungi hati ini susulan skuad negara sekadar muncul naib juara.
Hampir sebulan saya bersama mereka untuk kejohanan kali ini dan Jujur saya katakan, saya tidak letak harapan tinggi untuk Malaysia menjadi juara selepas mereka diikat dua sama pada aksi final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.
Namun, ada perasaan yang tersimpan di lubuk hati ini mengatakan ia bukan perkara mustahil. Tetapi jelas, ia hanya satu perasaan yang mahu menyakinkan saya terhadap skuad negara untuk menghadirkan kejayaan.
Amat pahit untuk ditelan kerana kita sudah menghampiri kejuaraan bagi mengulangi sejarah 2010 yang kali terakhir dan kali pertama Malaysia menikmati kejuaraan di rantau ini.
Namun, apakan daya bukan rezeki skuad negara untuk meraih gelaran kedua kejohanan selepas tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Hanoi untuk kekalahan agregat 3-2.
Semangat melawan Harimau Malaya nyata belum cukup untuk menandingi Vietnam dengan gol awal permainan lawan menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.
Apapun, pemain negara sudah melakukan apa yang terdaya dan mengerah seluruh keringat, namun Vietnam yang menduduki ranking ke-100 dunia membuktikan kenapa mereka lebih berhak bergelar Raja Asia Tenggara ketika ini.
Bagaimanapun, ia bukan penamat buat perjuangan Harimau Malaya yang berada di ranking ke-167 dunia untuk terus bangkit dalam saingan bola sepak antarabangsa.
Mereka yang tidak diberi peluang berjaya melakukan kejutan ke final dan Cheng Hoe perlu diberi peluang untuk terus menggilap falsafah permainannya bersama Harimau Malaya.
Harimau Malaya tetap membanggakan!