Jangan salah faham apabila saya menyebut Cina.
Saya merujuk penolong jurulatih hoki negara, Lim Chow Chuan yang ditamatkan kontrak selepas bantu The Malaysian Hockey Tigers sejak 2015.
Apa yang membuatkan beliau istimewa ialah kehadirannya yang mewakili bangsa Cina dalam skuad kebangsaan.
Sejak Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) ditubuhkan pada 1953, skuad negara sinonim dengan kehadiran pelbagai bangsa.
Namun sejak awal 2000, komposisi itu mula hilang keseimbangan apabila pemain berbangsa Cina dan Sikh berkurangan di peringkat kebangsaan.
Pemain Cina terakhir penyerang, mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia ekoran kemalangan jalanraya pada 2013.
Skuad negara hilang sentuhan atau idea pakar hoki Cina sebelum Chow Chuan dilantik membantu ketua jurulatih negara, Stephen van Huizen pada 2015.
Tidak keterlaluan saya katakan, gabungan Stephen-Chow Chuan titik kebangkitan hoki Malaysia apabila layak ke Piala Dunia 2018, mempertahankan pingat emas Sukan Sea dan naib juara Piala Asia.
Chow Chuan memiliki lesen 'Instructor Coach' Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan banyak menyumbang idea di negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Thailand serta Vietnam.
Bagaimanapun KHM berpendapat, Chow Chuan perlu digantikan dengan pengendali lain untuk menghadapi tugas lebih penting tahun depan, Sukan Komanwel, Sukan Asia (kelayakan Sukan Olimpik 2020) dan Piala Dunia.
Tempatnya diambil alih bekas pakar pukulan sudut penalti negara, Mohd Amin Rahim.
Saya tidak mempertikaikan perubahan ini. Cuma, hilang Chow Chuan maka tiada lagi wakil Cina dalam skuad kebangsaan.
Dalam keadaan sekarang, mungkin Malaysia perlukan tempoh empat atau lima tahun lagi untuk wakil Cina kembali ke pangkuan skuad negara.
Saya harap, jangan pula jadi seperti pemain Sikh.
Selepas pertahanan, Baljit Singh Charun Singh mengumumkan persaraan sebelum Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, maka tiada lagi wakil mereka walaupun pada suatu ketika, paluan gendang kerap mengiringi tarian bhangra di stadium hoki seluruh negara.
Identiti hoki Malaysia unik kerana gabungan pelbagai bangsa.
Ini bukan salah KHM, tapi jika situasi ini berterusan maka hilanglah identiti itu di mata dunia.