Harapan kontinjen badminton negara untuk mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran gagal digapai apabila tumbang pada aksi final berdepan pasukan India dengan keputusan 1–3.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Carrrara Leisure and Sport Centre menyaksikan pasukan negara bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik di pentas final.
Untuk rekod, kategori badminton berpasukan campuran dimonopoli skuad Malaysia untuk tiga edisi sebelum ini.
Aksi pembukaan , Malaysia mempertaruhkan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang gagal menyaingi kemampuan gandingan Satwig Rankireddy-Ashwini Ponnappa apabila tewas dengan keputusan 21-14, 15-21,21-15 yang sekaligus merentap keyakinan moral kontinjen Malaysia.
Sandaran utama negara, Datuk Lee Chong Wei turun pada aksi kedua berdepan pemain nombor dua dunia, Srikanth Kidambi. Ternyata, kudrat tua Datuk LCW tidak mampu menyaingi kepantasan dan kelajuan pergerakan pemain muda berusia 25 tahun ini apabila tewas mudah 21-17, 21-14.
Penulis yang menyaksikan final ini secara langsung agak terkejut apabila Malaysia ketinggalan 2 – 0, namun aksi ketiga yang dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong memberikan sedikit kelegaan apabila kembali menghidupkan harapan Malaysia dengan mencatat keputusan 21-15, 22-20 berdepan Satwig Rankireddy- Chirag Chandrashekar.
Keputusan semasa 2–1 secara tidak langsung memberikan tekanan kepada perseorangan wanita, Soniia Cheah kerana beban kini terletak dibahunya. Jika menang, Malaysia masih punya peluang, jika tidak, emas akan terlepas dari genggaman.
Akhirnya tuah tidak berpihak kepada Malaysia apabila Soniia tewas dalam aksi tiga set dengan keputusan 211, 19-21, 21-9 untuk Malaysia sekadar berpuas hati dengan pingat perak untuk edisi kali ini.
Penulis biarpun sedikit hampa tetapi tetap mahu memberikan penghargaan kepada seluruh kontinjen Malaysia atas segala usaha yang mereka berikan, dan diharapkan mereka mampu bangkit untuk aksi Piala Thomas yang akan berlangsung pada Mei nanti.