Ia susulan kejayaan pemain berusia 10 tahun ini merangkul kejuaraan berganda pada Kejohanan Masters Remaja Dunia di Antalya, Turki.
Kemenangan Imran dalam kategori Bawah 10 tahun sememangnya sudah dijangka kerana dia telah menjuarai gelaran itu pada salah satu kejohanan di Jerman, beberapa minggu sebelumnya.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah kemampuan anak kelahiran Kuala Lumpur ini untuk menguasai kategori Bawah 11 tahun meskipun turun berdepan pilihan pertama dari Romania, Vasile Duta.
Bakat yang dimiliki Imran sudah pasti banyak dibentuk bapa dan jurulatihnya sendiri iaitu Abdul Hazli Zainuddin.
Ini kerana Abdul Hazli sendiri merupakan bekas pemain kebangsaan dan pernah terbabit dalam beberapa kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Piala Davis.
Abdul Hazli yang ditemui penulis sejurus pulang ke tanah air bersama Imran akui punyai perancangan besar buat anaknya.
Salah satu daripadanya adalah membentuk permainan Imran agar dia mampu disenaraikan dalam kategori Bawah 18 tahun di kejohanan bertaraf "Grand Slam".
Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada Imran dan harapan utama sudah pasti bakat besar ini tidak mudah dipengaruhi unsur-unsur yang mampu jejaskan perkembangan kariernya.
Jika negara jiran, Thailand mampu lahirkan pemain bertaraf dunia seperti Paradorn Srichaphan, tidak mustahil Imran mampu ikuti jejak langkah itu sedikit masa lagi.