Muhammad Haiqal Hanafi terkebil-kebil, bulan lalu apabila ditanya mengenai peluang ke Sukan SEA Filipina.
Dia tidak mendapat maklumat penuh mengenai acara bakal disertai.
Apa yang pelari berusia 20 tahun ini tahu, dia perlu bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan.
“Saya berlatih saja. Kalau pegawai kata saya perlu beraksi dalam acara individu atau lari berganti-ganti, saya akan laksanakan tugas itu,” katanya.
Saya kagum dengan semangat Haiqal.
Kebanyakan atlit tidak akan jujur dengan diri sendiri apabila mengalami situasi ini. Tetapi dia tetap patuh mengikut apa jua program latihan walaupun tanpa kehadiran jurulatih, Mohd Poad Kassim.
Tiba-tiba nama Haiqal disebut-sebut ketika kem latihan pusat kontinjen negara di Bangi, Selangor, seminggu sebelum temasya - sebagai pengganti Mohd Zulfiqar Ismail dalam acara 100 meter ekoran kecederaan.
“Saya sudah sedia. Saya akan laksanakan tugas ini,” katanya.
Final 100m Sukan SEA, Haiqal turun selaku pilihan kedua berdasarkan catatan peringkat saringan namun kali ini, dia tidak menoleh ke belakang.
Sebaik tembakan dilepaskan, Haiqal menggunakan senjata utama dengan permulaan pantas, meningkatkan pecutan untuk mengekalkan momentum hingga melintasi garisan penamat dengan 10.35s!
Haiqal Lelaki Terpantas Asia Tenggara!
“Semua ini macam mimpi! Allah sudah tentukan rezeki saya untuk menang pingat emas ini….syukur,” katanya.
Dia kemudian mengibar Jalur Gemilang dengan rasa bangga sepanjang lorong 100m.
2017 kita memiliki Khairul Hafiz Jantan, kali ini Haiqal mempertahankan gelaran itu untuk menjadi Raja Pecut baru Asia Tenggara.