Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, perlu segera keluar daripada kemerosotan prestasi.
Jelas peralihan daripada jentera Yamaha YZR-M1 ke jentera KTM RC16 mengganggu prestasinya musim ini.
Pasukan Tech 3 lebih memilih untuk menggunakan jentera KTM walaupun hanya selepas semusim jenama itu menyertai kategori perdana, MotoGP.
Selepas tiga perlumbaan musim ini, masih tiada sebarang mata diraih Hafizh selepas menamatkan Grand Prix (GP) Qatar di tempat ke-20 (tercorot), GP Argentina di tempat ke-16 (kedua tercorot) dan GP Amerika Syarikat di tempat ke-18 (masih lagi tercorot).
Ia jauh berbeza berbanding penampilan pertamanya musim lalu di mana Hafizh selepas tiga perlumbaan sudahpun mengumpul 16 mata -- tempat ke-14 GP Qatar, kesembilan GP Argentina, gagal tamat dalam GP Amerika Syarikat.
Jika benar sekalipun jentera KTM sukar untuk dikendalikan dan menjadi punca Hafizh bergelut, tiga pelumba lain yang menggunakan jentera sama sudah mula memungut mata.
Bekas rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco (Red Bull KTM Factory Racing), sudah meraih lima mata, begitu juga rakan gandingan Zarco, Pol Espargaro, yang jauh di atas dengan 18 mata (tempat kesembilan dalam carta keseluruhan).
Jika pengalaman menjadi alasan, rakan sepasukan Hafizh dalam Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira, juga sudah meraih tujuh mata dalam musim pertamanya.
Mahu tidak mahu, Hafizh perlu segera memperbaiki prestasinya untuk meneruskan kesinambungan kariernya dalam kelas perdana, MotoGP.
Jika tidak, ia mungkin musim terakhir kita dapat menyaksikan pelumba Malaysia itu dalam kelas utama perlumbaan sukan permotoran dua roda terbesar dunia itu.