Skip to main content

Rencana

Hadirnya semula sentuhan magis Coutinho

coutinho.jpg
Kisah-kisah reputasi yang punah bukan sesuatu yang aneh dalam bola sepak. Ia seperti sudah sebati dengan barisan peminat bola sepak di seluruh dunia. Ketika bersama Liverpool, ia adalah sesuatu yang mustahil mengetepikan Philippe Coutinho, namun kita harus menerima realiti pahit apabila dia diabaikan gergasi Eropah, Barcelona.

Menerusi kualiti yang dipamerkan ketika bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Coutinho gagal mencapai tahap terbaik sejak menyertai Barcelona.

Perpindahan secara pinjaman ke Bayern Munich ternyata menghadirkan nafas baru buat dirinya yang mula mendapatkan rentak untuk menemui sentuhan terbaiknya. Manakala rakan sepasukan di Liverpool sudah mula mengecap kejayaan, adakah dirinya sudah mula menyesal kerana meninggalkan The Reds?

Jika melihat di mana silap di sebalik kegagalan Coutinho, sukar untuk meletakkan 100 peratus kepada pemain kebangsaan Brazil itu. Dia seorang pemain yang berbakat tetapi Barca yang tidak mampu menemui ramuan terbaik buat dirinya, malah The Catalans tidak pernah memberikan peranan yang benar-benar sesuai dengannya.

Coutinho beraksi 52 kali bersama Barcelona, 38 daripadanya dalam kesebelasan utama. Ernesto Valverde cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan bersamanya dan tidak banyak impak yang terhasil. Dia sekadar menjaringkan 11 gol dan tujuh bantuan jaringan.

Terlibat dalam satu jaringan setiap 175 minit mungkin sesuatu yang boleh diterima oleh kelab bertaraf sederhana tetapi ia tidak cukup untuk membuatkan penyokong Barca berpuas hati.

Countinho diserapkan dalam barisan Barcelona bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Andres Iniesta, tetapi diminta untuk bermain seperti Neymar sebagai sayap kiri. Namun, mereka menyedari Coutinho bukanlah sama seperti Neymar, tidak juga seperti Iniesta dan Xavi.

Penurunan kualiti pemain-pemain yang seiring dengan Coutinho, Isco dan James Rodriguez (Real Madrid) serta Mesut Ozil (Arsenal), yang memiliki corak permainan yang hampir sama, individu yang bertindak menguasai permainan selaku pemain nombor 10. Pengurus hari ini lebih mengutamakan kadar kerja serta kelebihan fizikal turut menjadi perkara penting.

Melihat kepada corak pemain tengah permainan moden seperti Kevin De Bruyne, Hakim Ziyech dan James Maddison, ia antara bukti keberkesanan bersama pasukan masing-masing. Mereka memiliki kualiti untuk turun sebagai pemain nombor lapan dan sedia untuk bertukar posisi mengikut corak permainan.

Pemain yang mungkin turut mengikut jejak langkah Countinho musim ini dapat dilihat menerusi Eden Hazard. Pemain kebangsaan Belgium itu cemerlang ketika bersama Chelsea apabila diberikan peranan bebas di atas padang. Namun, bersama The Galacticos, dia dipaksa kekal dalam satu posisi dan kurang memberikan impak.
Di Barca pula, pasukan dibentuk untuk menyesuaikan diri dengan permainan Lionel Messi. Dia jarang untuk membantu pasukan bertahan tetapi bebas untuk melakukan gerakan daripada bahagian tengah atau kanan ketika menyerang -- layanan ini tidak hadir buat Coutinho.

18 bulan berlalu, perpindahan secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli Coutinho, yang akan mengambil pemain tengah termahal dunia bagi menyertai gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dalam empat penampilan pertama, Coutinho melakukan tiga bantuan jaringan dan menghasilkan dua gol -- permulaan yang mula mengingatkan dirinya ketika di Anfield. Bagaimanapun, fasa bulan madunya tidak bertahan lama, dengan beberapa siri aksi hambar termasuk kekalahan kepada Frankfurt.
Bersama-sama pengendali pasukan, Nico Kovac, Coutinho, turut menjadi bahan kritikan di atas penurunan dalam mutu permainannya.

Kovac kemudian dipecat dan tugasnya diambil alih oleh Hans-Dieter Flick. Coutinho sekali lagi perlu berusaha untuk membuktikan kemampuannya ketika pengendali itu lebih memilih corak permainan fizikal, dengan menurunkan pemain seperti Leon Goretzka untuk digandingkan bersama Thomas Muller.

"Kami semua menyedari kualiti yang dimilikinya," kata Flick menerusi laman web rasmi Bundesliga. "Kadangkala masa harus diberikan kepada pemain tersebut sebelum menemui semula sentuhan terbaiknya."

Namun, selepas beberapa persembahan yang mula memercik sinar buat Coutinho -- terlibat dalam lima gol, termasuk ledakan hatrik ketika berdepan Bremen -- dia kini telah menjaringkan tujuh gol dan tujuh bantuan jaringan.

Tambahan pula, peranan bebas diterapkan jurulatih meghidupkan semula semangat Coutinho adalah sesuatu yang menghadirkan keterujaan buat semua peminat bola sepak.
Pada usia 27 tahun, Coutinho terdesak mengejar masa untuk menghidupkan semula kariernya, potensi dan bakatnya tidak akan dapat direalisasikan bersama Barcelona.

Walaupun terdapat pertukaran dalam sistem pengurusan, kami tidak berasakan perubahan drastik dilakukan dalam corak permainan Barca. Beberapa nama baru seperti Frenkie de Jong dan Arthur telah membuktikan mereka mampu menggalas tugas utama dalam pasukan tersebut.

Sama seperti apa yang diharungi Arjen Robben dan Franck Ribery, Bayern mampu menjadikan peluang keemasan mengekspresikan permainan kreatif, peranan bebas, sesuatu yang tidak dapat dilakukan selagi Barca diketuai oleh Messi.

Advertisement

Must Watch Video