Rindu kampung halaman, rindu nasi lemak dan rindu teh tarik.
Itu merupakan sebahagian daripada ungkapan yang sering dilabelkan peminat bola sepak tempatan kepada pemain negara yang gagal bertahan lama dalam liga luar negara.
Ungkapan-ungkapan itu sebenarnya lebih merujuk kepada kegagalan mereka mengadaptasi dan mengasimilasikan diri dengan budaya dan gaya hidup di luar negara.
Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Noor, Nazirul Naim Che Hashim dan Fakri Saarani merupakan sebilangan pemain negara yang pernah beraksi di luar negara, namun mereka tidak bertahan lama.
Benar, Safee Sali juga pernah beraksi dalam liga Indonesia, namun budaya negara itu tidak jauh berbeza dengan negara kita dan Safee hanya kembali ke Malaysia ekoran kepincangan yang berlaku dalam bola sepak negara itu yang berlarutan sehingga digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Paling mencuri tumpuan adalah Nazmi Faiz yang pernah beraksi bersama pasukan divisyen utama Portugal, SC Beira-Mar, sekitar 2012.
Malangnya, dia hanya bertahan selama enam bulan bersama pasukan itu sebelum kembali ke Malaysia bagi menyertai PKNS FC.
Setahun selepas itu, giliran Wan Zack dan Nazirul Naim berkelana ke Jepun bagi menyertai pasukan liga divisyen tiga negara itu, FC Ryukyu.
Walaupun memeterai kontrak selama dua tahun, Wan Zack hanya bertahan selama setahun dan Nazirul juga tidak kekal lama.
Fakri Saarani (sebut "Lord Fakri" jika tidak peminat tempatan akan berang) juga pernah beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC, pada 2012.
Fakri hanya bertahan selama dua bulan sebelum pulang ke Malaysia bagi menyertai Kelantan.
Masalah peribadi, kewangan, kecederaan dan komunikasi merupakan alasan yang diberikan pemain-pemain itu, namun mereka perlu menelan hakikat kegagalan paling utama adalah mereka gagal menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup negara yang mereka berkelana.
Kini, anggaplah itu sebagai sejarah walaupun daripada kesemua pemain itu, hanya Nazirul terpilih dalam skuad negara ketika bersaing dalam kejohanan Piala Suzuki AFF, baru-baru ini.
Tumpukan pula kepada pemain muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, yang baru sahaja menyertai kelab Liga J2 Jepun, Fagiano Okayama.
Hadi mengambil langkah berani meninggalkan negara bagi mencuba nasib di Jepun walaupun berdepan kemungkinan tidak memiliki sebarang pasukan musim depan.
Walaupun tidak diterima satu lagi kelab J2, Roasso Kumamoto, usahanya secara berterusan membuahkan hasil apabila diterima Fagiano Okayama.
Hadi juga mengambil langkah awal mempelajari bahasa Negara Matahari Terbit itu bagi mengelakkan masalah komunikasi pada masa depan.
Diharapkan Hadi dapat menyesuaikan diri dengan budaya Jepun yang terkenal dengan nilai murni dan disiplin yang tinggi.
Buat Hadi pula, jika anda terasa ingin mengalah, ingatlah kepayahan dan pengorbanan yang telah anda berikan sehingga mendapat tempat untuk beraksi di Jepun.
Mungkin Hadi sudah boleh lupakan nasi lemak dan teh tarik untuk mencuba sushi, sashimi dan udon pula.