Jaringan gol kemenangan oleh Charlie Austin membawa dua maksud berbeza. Pertama, gol itu memberikan Southampton kemenangan yang amat diperlukan untuk keluar dari zon relegasi. Kedua, gol tersebut menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa tewas Arsenal untuk musim ini.
Berdepan Southampton yang dibimbing Ralph Hasenhuetti buat pertama kalinya, Arsenal gagal beraksi dengan baik apabila ketinggalan dua kali dan biarpun berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol Henrikh Mikhitaryan, benteng The Gunners terus bolos untuk kali ketiga dan seterusnya tewas. Walaubagaimanapun, Arsenal kekal berada di tangga kelima liga dengan 34 mata selepas 17 perlawanan. Arsenal akan berdepan satu lagi pasukan di zon relegasi iaitu Burnley, dan sudah pasti Unai Emery tidak mahu anak-anak buahnya mengulangi kesilapan serupa sewaktu berdepan Southampton.
Dalam pada itu, Chelsea yang tewas kepada Wolverhampton tempoh hari terus cemerlang mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut berdepan Brighton. Terdahulu, anak-anak buah Maurizio Sarri cemerlang menumbangkan Manchester City 2-0 di Stamford Bridge hasil jaringan Ngolo Kante dan David Luiz yang mendapat bantuan gol dari Eden Hazard.
Hazard sekali lagi muncul wira The Blues apabila membantu jaringan pertama Pedro sewaktu berdepan Brighton, sebelum meledakkan gol kedua untuk mengukuhkan kedudukan Chelsea di liga. The Blues kini berada di kedudukan keempat liga dengan 37 mata, 8 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. Chelsea akan kembali ke Stamford Bridge minggu ini untuk menerima kunjungan Leicester City.
Perlawanan minggu ke 17 menyaksikan kesemua pasukan di kedudukan empat teratas liga mencatatkan kemenangan dan perkembangan ini sekaligus menyaksikan pasukan yang berada di pertengahan liga semakin jauh ketinggalan dari segi jurang mata. Paling terkesan sudah tentu Manchester United yang tewas 3-1 di Anfield.