Ini masa terbaik untuk menumbangkan Great Britain.
Ranking ketujuh dunia hilang khidmat tiga pemain utama diketuai pakar pukulan sudut penalti, Ashley Jackson. Turut cedera, Mark Gleghorne dan Chris Griffith.
Perkembangan ini meletakkan Great Britain dalam keadaan tempang terutama membabitkan gerakan pukulan sudut penalti untuk berdepan Malaysia pada play-off kelayakan Sukan Olimpik di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley.
"Mereka masih memiliki Sam Ward, seorang pemain yang bijak melakukan gerakan itu. Dia bukan pilihan utama tetapi penjaga gol dan pelari pertama kita perlu berada di tempat yang betul untuk menghalangnya".
"Pemain perlu sentiasa menghormati lawan. Saya fikir Great Britain masih lagi pilihan utama," kata pengendali negara, Roelant Oltmans.
Berbeza dengan Malaysia, semua empat pakar negara berada dalam keadaan baik.
Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari akan galas tugas utama sambil Shahril Saabah dan Syed Syafiq Syed Cholan akan diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia sebagai pakar alternatif.
Malaysia juga melakukan banyak gerakan set piece ketika sesi latihan di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley.
"Tidak kira siapa yang mengambil gerakan itu untuk Great Britain, kami akan sentiasa menghormati mereka".
"Great Britain antara pasukan terbaik dunia. Siapa sahaja dalam pasukan itu cukup bahaya," kata Razie.
Setakat ini, semua tiga pasukan pilihan berjaya memenangi aksi play-off masing-masing.
Belanda, Sepanyol dan Kanada sudah menempah tiket ke Tokyo. Moga Malaysia jadi pasukan pertama yang mencipta kejutan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2020.