England muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) selepas menewaskan Venezuela dengan keputusan 1-0 dalam final di Korea Selatan.
Pemain muda Everton, Dominic Calvert-Lewin kini sebaris dengan Geoff Hurst dan Martin Peters selaku penjaring gol di pentas final.
Ini merupakan kejayaan bersejarah buat England apabila menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama sejak 1966.
Penjaga gol skuad muda The Young Lions, Freddie Woodman, turut cemerlang menafikan sepakan penalti Adalberto Penaranda ketika perlawanan berbaki 16 minit.
Secara keseluruhan, pemain-pemain yang beraksi dalam perlawanan final itu telah bermain selama 1,094 minit aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu bersamaan dengan kira-kira 12 perlawanan penuh.
Dalam misi melangkah ke final, mereka telah menewaskan Argentina, Korea Selatan, Mexico dan Itali.
Penyerang baru Liverpool, Dominic Solanke, muncul pemain England pertama untuk diangkat selaku pemain terbaik kejohanan, sekali gus mengikut jejak langkah Diego Maradona (1979), Lionel Messi (2005) dan Paul Pogba (2013).

Ternyata, musim 2017-18 bakal menjadi kayu pengukur buat pemain berusia 19 tahun itu untuk menyerlah di Anfield.
Selain Solanke, Woodman turut dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan selepas hanya bolos dengan tiga jaringan.

Jika kita melihat kepada Argentina, mereka telah berjaya mara ke final Piala Dunia 2014 dan Copa America sebanyak dua kali (2015 dan 2016).
Perancis pula berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas juara dunia, Jerman, untuk menempah slot ke final Euro 2016, namun dikecewakan oleh Portugal 1-0.
Namun, dengan skuad yang baru mencapai kematangan, pasukan yang dibarisi pemain-pemain seperti Antoine Griezmann, Kylian Mbappe dan Pogba mampu mencipta impak dalam Piala Dunia 2018 di Russia nanti.
Kejayaan ini menjadikan mereka sebagai generasi emas buat England dalam misi memburu kejuaraan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Walaupun ia adalah satu sasaran yang sukar diraih, dengan beberapa pasukan lain seperti Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis yang sentiasa menghasilkan pemain-pemain berkualiti, tidak mustahil mereka mampu mencipta kejutan di masa akan datang.