Setiap saat setiap waktu
Keringat basahi tubuh
Ini saat yang kutunggu
Hari ini ku buktikan
Ku yakin aku kan menang
Hari ini kan dikenang
Semua doa kupanjatkan
Sejarah kupersembahkan
Demikian bait-bait awal lagu tema Sukan Asia 2018, Meraih Bintang, dendangan Via Vallen. Penggunaan ayat yang mudah difahami secara langsung menggambarkan keghairahan Indonesia untuk melakar sejarah pada penganjuran kedua mereka di temasya terbesar Asia ini.
Keindahan landskap setiap bahagian Indonesia itu juga seiring hasil seninya yang tersendiri. Kunjungan pertama kali saya di kota Jakarta ketika berlangsungnya Java Jazz Festival - bukan kisah evolusi muzik Indonesia yang mampu kekalkan dangdut walaupun terbuka menyerap budaya Kpop yang mahu saya kongsikan lebih lanjut - tetapi bagaimana ibu kota Indonesia itu bertukar 360 darjah kerana Sukan Asia 1962.
Menurut tulisan Julius Pour dalam buku "Dari Gelora Bung Karno ke Gelora Bung Karno" Kestabilan politik menjadi punca utama kegagalan presiden Soekarno untuk melihat Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar Asia ini. Kelebihan dua undian dari Pakistan yang menawarkan Karachi akhirnya membawa khabar gembira dari Jepun pada 1958 - bermakna Indonesia hanya ada kira-kira 3 tahun untuk siap.
Ketika itu hanya ada satu stadium berskala besar yang boleh ditawarkan dan mengikut syarat - sebagai tuan rumah Sukan Asia, Indonesia juga perlu sediakan kompleks sukan serta kemudahan seperti hotel dan jalanraya. Biarpun perlu meminjam wang dari pihak Soviet, Soekarno berkeyakinan langkah ini mampu mencapai objektif utama - memperkenalkan Indonesia di mata dunia.
Segala yang dirancang-termasuk penempatan semula penduduk dari Senayan yang dipilih sebagai lokasi utama untuk penganjuran edisi keempat ini berjalan lancar. Detik bersejarah menamakan kompleks dan stadium utama antara yang kekal manis.
Ketika sangkaan "Gelora" itu datangnya dari perasan yang membuak-buak mahukan kejayaan - Gelora ini sebenarnya bermaksud Gelanggang Olahraga seperti kelaziman rakyat Indonesia yang suka singkatan nama, ditambah panggilan istimewa buat Soekarno maka terhasillah Gelora Bung Karno.
Melihat kepada cita-cita besar Soekarno yang pada awalnya dianggap mustahil dengan usia setahun jagung penubuhan Indonesia sehingga penyediaan fasiliti bertaraf dunia - ia sebenarnya memberi suntikan semangat yang luar biasa kepada kontinjen Indonesia ketika itu sehingga tamat di kedudukan kedua, dibelakang juara bertahan, Jepun - prestasi terbaik yang kekal ke hari ini.
Dengan sukan Badminton pertama kali dipertandingkan, Indonesia hampir menyapu bersih pingat emas tetapi dihalang beregu lelaki negara, Tan Yee Khan/ Ng Boon Bee dan beregu campuran negara, Teh Kew San/ Rosalind Singha Ang yang bertemu satu lagi pasangan Malaysia di final.
Kempen ini juga pastinya lebih sempurna jika satu lagi hasrat Soekarno - pasukan bolasepak Indonesia meraih pingat menjadi kenyataan. Malangnya hasrat itu dinafikan Malaysia yang berkelebihan dari jumlah jaringan untuk melepasi peringkat kumpulan.
56 tahun berlalu, banyak perubahan yang berlaku khususnya dari sudut ekonomi dan politik Indonesia dibawah Presiden Joko Widodo. Indonesia mungkin bukan pilihan awal untuk menganjurkan edisi ke-18 ini tetapi mereka siap untuk menonjolkan Palembang bersama, dengan kenangan manis Jakarta 1962 terus disemarakkan di Kompleks Gelora Bung Karno yang kembali mendapat hak nama asalnya beberapa tahun lalu.
Apakah akan ada nama Malaysia dalam sejarah yang mahu dilakar Indonesia di bumi sendiri sekali lagi? Yang penting kita berbalik kepada semangat kesukanan seperti lirik lagu Meraih Bintang yang seterusnya ini.
Kalau menang berprestasi
Kalau kalah jangan frustasi
Kalah menang solidaritas
Kita galang sportifitas
Untuk menonton video penuh lagu tema Sukan Asia 2018 - Meraih Bintang boleh klik pautan dibawah
https://youtu.be/1ak17RxcqBQ