Kelantan, ATM dan Felda United gagal melunaskan gaji seperti yang tertera di dalam kontrak pemain dan isu ini mendapat perhatian beberapa badan bebas yang berjuang mempertahankan hak pemain pemain bola sepak tanah air.
Jika dilihat secara holistik, hal ini amatlah memalukan kerana masih terdapat individu individu dan persatuan yang gagal menjadi professional dalam menjalankan tugas mereka.Pada masa kita berada dalam peralihan untuk penswastaan liga, kita masih gagal menyelesaikan hal hal berkaitan kebajikan pemain yang mana jika di luar negara, isu ini dianggap hal remeh yang tidak harus timbul.
Pemain-pemain bola sepak tanah air dalam hal ini juga perlu lebih bijak dalam menguruskan kerjaya sendiri susulan timbul isu dua kontrak yang menjadi pertikaian,yang rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM dan yang lebih lumayan bersama kelab.Tidakkah itu juga satu bentuk pelanggaran etika seperti menandatangani dua kontrak bersama kelab berbeza?
Kesimpulannya, profesionalisme amat perlu dititik beratkan bagi kedua dua pihak sama ada pengurusan mahupun pemain itu sendiri kerana sebarang tindakan yang menyalahi etika akhirnya hanya akan memakan diri sendiri.
Tepuk dada, tanya selera.