Amboi, ini sudah lawan tauke!
Murah rezeki mereka atas usaha dan pengorbanan keluarga menjaga mereka sejak kecil.
Antara atlit yang berada dalam kelompok ini ialah Raja Pecut Paralimpik, Mohd Ridzuan Puzi (olahraga).
Kejayaan raih pingat emas Sukan Paralimpik Asia melayakkannya raih elaun RM3,500 sebulan. Habuan bergelar juara dunia di Doha, Qatar sebanyak RM80,000 dan berpeluang menambah RM20,000 jika mengungguli Sukan Para Asean di Singapura, hujung bulan ini.
Siapa kata insan istimewa tidak boleh hidup mewah?
Saya fikir pendapatannya lebih mewah berbanding sesetengah individu yang bekerja makan gaji di Malaysia.
Saya harap Ridzuan membuka mata lebih ramai individu istimewa di luar sana untuk mendapatkan kerjaya yang stabil.
Tidak hanya mengharapkan belas kasihan orang ramai untuk mengutip derma.
Saya mengenali seorang bekas atlit paralimpik negara yang kini sudah berjaya sebagai usahawan.
Beliau tempang sejak dilahirkan.
Sejak bersara daripada olahraga pada 2006, beliau berniaga ayam goreng secara kecil-kecilan di Bangi.
Kini Din Fried Chicken sudah memiliki dua cawangan dengan pendapatan lima angka sebulan.
Apa yang saya mahu sampaikan, jangan pandang rendah insan istimewa.
Kadang-kala mereka lebih berjaya daripada insan normal malah ada yang sudah menabur bakti untuk negara.